Menurut beliau, dakwaan itu tidak sewajarnya dilakukan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.
Tegasnya, alasan Jabatan Mufti Perlis yang mendakwa beliau ‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’ tanpa memberi peluang kepadanya memberikan penjelasan juga adalah tindakan tidak adil.
“Saya dimaklumkan mengenai pembatalan jemputan saya ke majlis berkenaan dua minggu lalu, namun saya tidak mahu menghebahkan perkara ini demi menjaga air muka mereka yang berkaitan.
“Namun, apabila berlaku penyebaran surat tersebut, saya kesal kerana ini tidak adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd. Kazim yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim berkata, dakwaan tersebut turut menjejaskan kredibilitinya.
“Selepas ini mungkin ada yang melabelkan saya penyebar hadis palsu dan tidak lagi dijemput untuk mengadakan ceramah.
“Saya akan membuat sidang akhbar untuk menjelaskan perkara ini pagi esok,” katanya.
Mohd. Kazim diminta mengulas penyebaran sepucuk surat daripada Jabatan Mufti Perlis di laman-laman sosial yang tidak bersetuju beliau menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-72.
Dalam surat tersebut, Jabatan Mufti Perlis memberi sebab kerana beliau ‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’.
Sementara itu, katanya, ‘riwayat’ atau hadis palsu dimaksudkan dalam surat Jabatan Mufti Perlis adalah mengenai rakaman YouTube sedutan daripada satu ceramahnya yang menyatakan ‘kenduri Rasulullah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari’.
Mengulas perkara tersebut, kata Mohd. Kazim, dalam ceramahnya, beliau hanya mengatakan perbandingan bahawa di Malaysia, roti jala dicicah dengan kuah kari juga masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.
“Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham,” katanya.
Beliau kesal kerana surat Jabatan Mufti Perlis itu menyebut ‘riwayat-riwayat palsu’ yang seolah-olah menggambarkan dirinya sudah banyak kali membacakan hadis tidak benar.
“Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa. Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan,” katanya.
Utusan
K7L : Jeng jeng jeng...
Si SETAN PENYAMAQ yg. benci sgt. Ustaz Datuk Kazim Elias TERCINTA kita ni, aku syak EJEN ZIONIS-BARAT/DAPBANGKAI-PKRSODOM - baik SPRM menyiasat akaun banknya!
ReplyDeleteYg. aku heran tu mcm. mana si BANGANG PENYAMAQ ni boleh dilantik ke jawatan tinggi dlm. Islam, spt. itu?!
Nek Tempoyak.
Tau ke dia nama malu? Mana dia ada malu. Kalau dia ada malu dia tak terima jawatan mufti lagi.....
ReplyDeleteSambut maulid nabi bidah tapi negeri perlis sambut hari keputeraan raja tak bidah pula. wahabi wahabi.....
ReplyDeleteYang Kerajaan Negeri Perlis pi rekomen perlantikan Dr MAZA untuk jadi Mufti Perlis buat apa. Dia ni gila publisiti dan gila glamour dan selalu buat kenyataan yang songsang.
ReplyDeleteMana ade orang perfect..ape yang baik kite ikut la..yang xbaik tinggalkan..xpayah la emosi komen bukan2..kan semua dah boleh pikir...betulkan diri dulu sebelum hukum org lain...
ReplyDeleteSiapa Dr. MAZA?......Go to HELL with Dr. Maza.
ReplyDelete