19/03/2015

GST Punca Kedai Cina Di Pulau Pinang DItutup? - Guan Eng Buktikan Peniaga Penipu?



Keris terbaca di blog CTS pasal GST punca satu kedai ditutup. Setahu Keris kalau tutup sebab menipu ataupun dah biasa menipu.

Ini adalah kenyataan Lim Guan Eng di dalam Buletin Mutiara:

Pasar Mini Tatt Ming yang telah beroperasi selama 48 tahun di Air Itam di sini bakal ditutup pada 25 Mac ini ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015 oleh Kerajaan Pusat. 

Peka dengan situasi berkaitan, Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng telah mengadakan lawatan khas ke premis berkaitan. Beliau dalam pada itu mendesak Kerajaan Pusat membatal atau sekurang-kurangnya menangguhkan pelaksanaan GST demi kepentingan rakyat.

Kenyataan di atas adalah kenyataan paling bodoh Lim Guan Eng pasal isu GST. Apa sangkut paut Pasar Mini Tatt Ming ini hendak ditutup berkaitan dengan isu GST? Sudah menjadi kebiasaan kedai-kedai kecil di Pulau Pinang ditutup kerana tidak dapat bersaing dengan pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco dan AEON Big. Kalau hendak propa sekalipun agak-agaklah.

Boleh percayakah Pasar Mini Tatt Ming ini mempunyai jualan pusingan tahunan (annual sales turnover) sebanyak RM500,000? Ini disebabkan dengan jualan pusingan tahunan (annual sales turnover) sebanyak RM500,000 barulah peniaga Pasar Mini Tatt Ming ini dikehendaki mendaftar dengan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja untuk GST. Kalau hendak berbohong agak-agaklah.

Kalau hendak berbohong agak-agaklah. Rakyat bukan bodoh Lim Guan Eng!!!




K7L : Siapa percaya Guan Eng.. boleh panggil diri dia bodoh sekarang..

2 ulasan:

  1. Buatlah apa-apa kenyataan yang tidak bersandarkan kepada fakta demi political mileage.

    ReplyDelete
  2. kire2 budak sekolah..kalau mk cik yang jual kuih tepi jalan tu pon sehari bole dapat 100-200,so kita anggarkan hasil mudah kedai runcit paling umum lebih kurang 2000 sehari,tak percaya cuba selidik sendiri..bukak 7 hari seminggu,340 setahun selepas ditolak cuti2 umum yg kedai tutup..2000 x 340 = 680,000,so inilah jualan die sebelum tolak modal pusingan..tp cukup tak 500k? cukup kan..tu kalau sehari 2 ribu..kalau lebih macam mana..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk