26/03/2015

Ulama PAS vs Liberal PAS - Siapa Yang Untung Dalam Perang Saudara PAS?



Pernah dikatakan perang saudara pernah berlaku suatu ketika dahulu di dalam PAS apabila ada gerakan Ulama yang menjatuhkan kumpulan idealis PAS akhir 80-an jika Keris tak silap. 

Nik Aziz ketika itu menjadi tulang belakang kepada gerakan menyingkirkan Dato Asri Muda yang dikatakan terlalu berlembut dengan UMNO. Gerakan itu tampak gagal pada permulaan namun akhirnya berjaya sehinggakan pada awal 90-an Kelantan menjadi milik PAS dengan kerusi 45-0.

Kini, nasib yang sama berlaku ke atas diri Haji Hadi Awang, Presiden PAS yang dinaikkan oleh Nik Aziz pada tahun 2002. Hadi Awang yang juga bekas Ketua ABIM Terengganu zaman Anwar Ibrahim jadi Ketua ABIM kini sedang cuba 'dibunuh' imejnya dalam pelbagai situasi.

Tekanan demi tekanan diberikan dengan tujuan Hadi Awang sendiri akan meletakkan jawatan ataupun tidak bertanding bagi mempertahankan kerusi Presiden PAS yang disandang.

Setiap hari ada sahaja 'panah' yang cuba menembusi hati Presiden PAS, bukan sahaja daripada beberapa 'hantu' didalam PAS, malahan tekanan turut diberikan oleh DAP dan PKR.

Semua ini berlaku kerana Hadi Awang sudah tidak senada dengan DAP-PKR dalam beberapa perkara antaranya Hudud. Juga ada desas-desus PAS ingin bergabung tenaga dengan UMNO. Persoalannya sekarang, siapa yang untung apabila PAS berperang sesama sendiri?

Jawapannya sudah tentu DAP dan PKR. Pertama, DAP boleh mengawal gerak-geri PAS termasuk mengeluarkan beberapa kenyataan berunsur Islamik yang memihak kepada DAP sekiranya Mat Sabu dijadikan pengganti Hadi.

Kedua, PKR akan lebih untung kerana penyokong PAS akan beralih kepada PKR memandangkan jiwa macai pembangkang hanya boleh menyokong pembangkang. Siapa yang rugi dalam soal ini?

Orang Melayu yang beragama Islam sebenarnya yang rugi. Benar kita MAJORITI namun kita MINORITI bila terus berpecah. Yang Keris tunggu sekarang ini setelah beberapa bulan Hadi 'ditembak', apakah Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi akan mengamuk?

K7L : Gerakan selamatkan Presiden pun dah mula bergerak?..terasa macam orang PAS pula kita.. hahaha...

2 ulasan:

  1. Tak ada siapa akan mengamuk kerana puak pro ulama adalah minoriti .

    PAS akan jadi parti liberal. Lebih liberal dr UMNO .

    ReplyDelete
  2. Persoalan sekarang, bukan DAP dan PKR yang akan untung. Pendapat penulis hanya berbentuk telahan / tuduhan semata-mata. Sebenarnya DAP, PKR dan PAS sama-sama rugi. PAKATAN diwujudkan tak ada ketua macam BN. Cuma ada Majlis Presedin. Sebarang masalah berkaitan PAKATAN dibincangkan di Majlis Presedin. Tapi PAS sudah tidak hiraukan majlis tersebut. Segala keputusan tidak lagi dibuat bersama. Rasa hormat pada Majlis Presedin sudah hilang. Itu sebenarnya. Jadi siapa yang untung? UMNO yang makin roboh lah yang UNTUNG.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk