24/03/2015

Cina Yang Mengaku Melayu Dalam DAP Diarah Burukkan Imej Hadi Awang?


 

Serangan habis-habisan daripada dalam PAS sendiri masih belum cukup untuk menumbangkan Haji Hadi daripada terus kekal sebagai Presiden PAS. Jadi Pakatan yang teringin melihat Hadi jatuh kerana menjadi batu penghalang atas beberapa perkara, menggunakan taktik lain pula.

Selain daripada tekanan dalaman, DAP mengarahkan ahlinya yang bukanlah Melayu tulen tetapi bernama seperti Melayu  untuk menghentam dan memburukkan imej Haji Hadi. DAP yang telah ditanam didalam kepala ahli PAS sebagai 'yang bagus' kemungkinan akan terpengaruh.

Tetapi apa kaitan masa depan Pakatan dengan kedudukan Haji Hadi sebagai Presiden PAS? Seperti Keris katakan, akar-umbi PAS mudah dipergunakan jadi mereka ingin ganti Presiden PAS kepada orang yang akan sentiasa tunduk kepda PKR-DAP.

Lihat sendiri kedudukan Hadi Awang sememangnya dalam bahaya. Kemungkinan PAS bukan lagi parti Islam tetapi parti sekular yang berfahaman liberal biarpun beragama Islam. Keterbukaan melampau yang akan PAS hadapi telah pun terlihat sedikit demi sedikit.

Apabila wujudnya PasMa, itu petanda PAS sedang menuju kehancuran. Tetapi puak satu lagi telah bersedia untuk 'menghancurkan' PAS kemudian 'membina' semula dengan cepat. Berbeza dengan puak Ulama yang menyokong Hadi Awang.

Apapun kita akan lihat lebih ramai lagi yang 'menyumpit' Hadi Awang supaya beliau tidak bernafas ketika pemilihan PAS kelak. Apa agaknya yang akan berlaku? Pemilihan paling menarik dalam PAS sejak 2002 akan berlaku.

K7L : Guna Melayu untuk bunuh Melayu.. 

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk