Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata dasar bersama yang dipersetujui DAP serta PAS adalah berkaitan ekonomi, pendidikan dan keselamatan malah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pernah menyatakan pendirian sama pada 2010.
"Hadi pernah buat kenyataan terbuka bahawa Hudud tidak perlu disegerakan namun bukan bermakna kita tolak Hudud cuma ia bukan 'our common policies'.
"Dasar ekonomi, pendidikan dan keselamatan yang pakatan persetujui sebelum ini perlu ditangani terlebih dahulu untuk kesejahteraan rakyat malah jika ini diberi keutamaan, saya percaya ia boleh diselesaikan dengan cara yang baik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Walau bagaimanapun, Mohamed Azmin menjelaskan PKR tetap menghormati hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan menerusi pembentangan rang undang-undang bagi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, esok.
Katanya, sebagai umat Islam, pihaknya tidak menolak hukum Hudud mahupun mana-mana hukum yang digariskan dalam al-Quran malah pernah menyatakan pendirian berkenaan dalam PR.
Sehubungan itu, Mohamed Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak mengingatkan parti di dalam PR supaya mendapatkan persetujuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada masa depan sebelum memutuskan sesuatu perkara.
Menurutnya, pembentangan enakmen berkaitan hudud oleh kerajaan Kelantan merupakan satu pindaan dan bukan rang undang-undang baharu berikutan enakmen itu telah diluluskan pada tahun 1993, iaitu sebelum PR diwujudkan.
"Rang undang-undang yang dibawa dalam DUN Kelantan adalah pindaan enakmen 1993, ada empat perkara yang ingin dipinda dan kita hormati keputusan kerajaan Kelantan yang dibuat sebelum 1993 namun pada masa depan, sebarang cadangan baharu mesti dapat persetujuan Pakatan Rakyat," katanya.
Pada Jumaat lepas, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri tetap akan membentangkan pindaan enakmen itu esok setelah berbincang dengan penasihat undang-undang negeri.
Menurut Mohd Amar, pihaknya mendapati tiada masalah untuk rang-rang undang-undang itu dibentangkan pada persidangan DUN walaupun Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo meminta PAS mempertimbangkan semula pindaan itu. - BERNAMA
Apa masalah semua orang yang berada di luar Kelantan mahu sibuk-sibuk hal negeri tersebut? Apa sebenarnya masalah DAP dan PKR terhadap undang-undang Hudud PAS?
1. PKR dan DAP tidak mahu lihat PAS lebih kuat dan apatah lagi dengan bantuan UMNO.
2. Mereka bimbang PAS tidak lagi bersama dengan Pakatan kerana terasa mereka kuat. Sebab itu perancang utama 'Guling Presiden PAS' datangnya daripada DAP.
3. Hudud sebenarnya hanyalah momokan yang dihantui oleh DAP. Apa sebabnya? Melayu bersatu. Mereka bimbang orang-orang Melayu disatukan melalui undang-undang hudud.
Apapun kita tunggu dan lihat..
K7L : Azmin jadi jurucakap DAP ke?...
0 ulasan:
Post a Comment