10/03/2015

Rumah Besar Calon PAS DUN Chempaka Buktikan Kerajaan Tak Zalim!



Gambar di atas dikatakan adalah rumah calon PAS DUN Chempaka yang tersebar luas di media sosial. Menurut cerita beliau adalah anak sepupu kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan. 

Beliau dikatakan bekerja sebagai Imam Masjid. Di dalam parti, Ustaz Ahmad Fathan merupakan Ketua PAS Cawangan Baung, Ketua Urusan Ulamak DUN Chempaka dan merupakan Bendahari PAS Kawasan Pengkalan Chepa. 

Alhamdulillah bukan setakat orang-orang UMNO sahaja mampu memiliki rumah yang tersergam indah sebegini. Walaupun hanya sebagai Ketua Cawangan tapi rumah besar. Baguslah. Ini bukti Kerajaan Malaysia yang berada dibawah Barisan Nasional tidaklah kejam.

Erti kata lain, bukan orang UMNO (yang juga rakyat Malaysia) mampu miliki rumah seindah begini. Malahan di Kelantan orang UMNO pun belum tentu ada rumah macam calon PAS ni. Apapun kerendahan PAS kini hanyalah satu propa.

Ini bukti Kelantan tak miskin seperti yang digembar-gemburkan setiap kali PIlihan Raya diadakan. Dimana kemiskinan itu dituding kepada UMNO dan Barisan Nasional.

K7L : Siapa yang zalim sekarang?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk