Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili sebaliknya berkata, penangguhan projek tersebut berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri melaksanakan tiga syarat permulaan (condition precedent) untuk memastikan perjanjian yang ditandatangani pada 12 September tahun lalu di antara Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dapat dilaksanakan.
Beliau berkata, kegagalan pertama adalah Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air kepada PAAB untuk membolehkan PAAB menyediakan peruntukan berjumlah RM168 bilion bagi membantu kos pengambilalihan syarikat konsesi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) dan Konsortium Abass Sdn. Bhd. (Abass).
Katanya, kegagalan kedua adalah Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air syarikat konsesi kepada PAAB sebagai balasan kepada pengambilalihan liabiliti syarikat tersebut oleh PAAB yang berjumlah RM7.65 bilion.
“Yang ketiga, Air Selangor masih belum memuktamadkan senarai aset miliknya untuk membolehkan Lesen Individu Kemudahan dikeluarkan kepada PASSB mengikut Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006).
“Saya ingin menegaskan bahawa pelanggaran sesuatu perjanjian hanya boleh berlaku apabila perjanjian itu sudah dikuatkuasakan. Memandangkan kerajaan negeri masih memerlukan tempoh panjang bagi selesaikan, pihak-pihak kepada perjanjian utama telah setuju lanjutkan tempoh itu sebanyak tiga kali.
“Isu-isu tersebut sepatutnya diselesaikan sebelum 11 November 2014 tetapi Selangor masih gagal selesaikan sehingga tempoh lanjutan ketiga pada 9 Mac (semalam). Jadi bola itu berada di gelanggang anda Menteri Besar Selangor, bukan di gelanggang kami,” katanya ketika menjawab soalan Mohamed Azmin (PKR-Gombak) berhubung komitmen Pusat untuk menyelesaikan masalah air di ketiga-tiga negeri dalam Sidang Dewan Rakyat hari ini.
Maximus berkata, Kerajaan Pusat bekerja keras memastikan penstrukturan semula bekalan air dapat dilaksanakan melalui 32 pertemuan dengan kerajaan negeri selain bersetuju menandatangani beberapa perjanjian termasuk melibatkan syarikat konsesi.
Jelasnya, persetujuan juga diberikan untuk kerajaan negeri mengambil alih perkhidmatan bekalan air daripada Syabas, PSNB, Abass dan Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash).
“Malah Kerajaan Persekutuan melalui PAAB juga menyediakan peruntukan sejumlah RM2 bilion bagi membantu kerajaan negeri mengambil alih ekuiti syarikat konsesi tersebut,” katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Maximus berkata, gangguan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang sepatutnya pulih pada 2017 dijangka berlarutan berikutan beberapa tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor yang menyebabkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan sistem agihannya mengalami kelewatan.
“Saya dimaklumkan bahawa kelewatan ini berlaku kerana kerajaan negeri telah mengarahkan agensi dan pihak berkuasa tempatan menangguhkan pengeluaran segala kelulusan dan permit untuk pembinaan loji tersebut sehingga penstrukturan semula dimuktamadkan,” tegasnya.
Tambahnya, dari segi ekonomi, gangguan bekalan air yang berterusan menyebabkan proses pengeluaran permit kepada kira-kira 500 syarikat luar negara yang mahu melabur di Selangor terpaksa ditangguhkan. - Utusan
K7L : Kesian rakyat Selangor...
Azmin kalau tak boleh atau tak pandai buat kerja, tolong letak jawatan. Kalau sebagai MB pun tak boleh nak uruskan projek air, Azmin duduk full time dalam bilik air kena ais-krim.
ReplyDeleteBiarkan selangor dgn labu2nya. Tak payah susah2 nak buat Langat 2. Pilih lain tempat luar selangor. Sekiranya selangor berminat kemudian biarlah dia tanggung segala kos akibat pembatalan Ini. Tak payah nak merayu2. Itu yg selangor nak..
ReplyDeletetak ada air..pakat ramai2 pergi rumah azmin kencing dan berak ..
ReplyDelete