05/12/2011

UMB Lagi Jahat Daripada Buku Jingga?


Baru-baru ini kan Keris bertugas bersama rakan-rakan UMB yang lain untuk membuat liputan penuh Perhimpunan Agung UMNO 2011 supaya setiap satu ucapan daripada pucuk pimpinan terutama sekali ucapan dasar Presiden UMNO dapat disampaikan kepada pembaca blog.

Namun begitu atas alasan yang tidak diketahui, kami tidak dapat membuat sebarang liputan kerana dihalang oleh urusetia. Apabila ditanya mengapa kami tidak dibenarkan masuk, ada seorang urusetia ini menjelaskan kepada Keris bahawa UMB tidak mengisytiharkan samada kami photographer/videoman/wartawan. Buat makluman saudara urusetia yang bijak pandai, kami ini BLOGGERS dan kami ORANG UMNO yang berkhidmat sebagai JENTERA PARTI.

Keris sangat kecewa kerana tidak dapat membuat liputan penuh kerana Keris pergi dengan harapan dapat menyampaikan amanat Presiden UMNO khususnya kepada pembaca namun kami dilayan seperti 'Orang Luar' pula.

Peliknya kerana UMB dan rakan media yang lain tidak dibenarkan masuk namun bagaimana Buku Jingga dapat terlepas masuk ke dalam dewan?. Apa yang urusetia lakukan? Hanya pandai halau blogger tapi tak pandai kawal pembangkang yang bawa masuk buku jingga dan edar pada orang UMNO?. Adakah UMB lebih jahat daripada Buku Jingga?. Kepada sesiapa yang bertanggungjawab sila beri penjelasan.

Tetapi Keris juga ingin mengutuk tindakan upahan pembangsat PR yang masuk dan sabotaj perhimpunan UMNO denggan membawa masuk buku jingga. Ini sangat tidak profesional walaupun ini boleh dikategorikan sebagai 'psywar' namun kita tak kacau kongres mereka mengapa perlu mereka ganggu perhimpunan kita?.



Berbalik kepada hal media, baca juga apa kata rakan-rakan blogger UMB dan blogger Pro- UMNO yang lain.


Aku Peduli Apa
Apa yang pihak Ibu Pejabat Umno dan Urusetia PAU dah buat pada bloggers macam kami tak perlu aku nak ulang banyak banyak kali,sebab dah cerita sebelum ini.Itu kami UMB,...sahabat sahabat bloggers lain tak usah nak ceritalah,sampai terpaksa berkampung kat Riverside setiap hari.Langsung tak ada rasa hormat pada bloggers yang siang malam berjuang bertahun tahunmempertahankan Umno selama ini.Bila dah boleh bernafas sikit dan bulu sayap yang tercabut dulu tu dah mula nak tumbuh LUPA!!!!!!!
Sorrylah bro semua..aku kena cakap juga hal ini sebab aku terpaksa tenguk korang hari hari kat situ.Aku peduli apa UMB(Umno) bayar elaun aku bernaung dibawah diaorang!Kalau TAK BETUL tetap TAK BETUL dan aku tak boleh berdiam diri pura pura BETUL!Walaupun nanti ada diantara korang akan kata,"Hei APA kami tak minta di bela,kami ok je.."."Yang kau sibuk sibuk nak hentam Umno tu apasal?" Korang boleh cakap apa saja kalau sekadar nak kontrol macho korang...tapi HAKIKATNYA itulah dia..


Semut Hitam
Atas kesedaran itu jugalah, kebanyakkan Badan Perhubungan UMNO Negeri telah mewujudkan Unit Media mereka bagi menyahut seruan Presiden ini.
Tujuannya ialah untuk menyebarkan maklumat secara lansung kepada rakyat di negeri mereka melalui media sosial ini.
Namun, malangnya, kebanyakkan pengamal media negeri yang ditemui semuanya mengeluh apabila mereka dinafikan hak untuk membuat liputan sepanjang PAU2011 ini berlansung.
Pelbagai rintangan yang terpaksa mereka lalui. SOP media berubah - ubah untuk mereka. Mereka seolah - olah dihalang oleh pihak - pihak tertentu yang menurut arahan katanya.
Persoalannya, kenapa perkara ini boleh timbul sedangkan Media Negeri ini merupakan tulang belakang kepada jentera UMNO itu sendiri?
Tetapi layanan yang mereka terima ternyata amat mendukacitakan. Mereka dilayan seolah - olah mereka ini orang luar. Padahal mereka orang UMNO sendiri!!!
Baca Selanjutnya Di Sini


Double-Y
Siapa mamat ni...?
Setiausaha Kerja UMNO yang baru ke bro...?
Oh... mamat ini ke yang kata "kami tidak mengiktiraf bloggers"?
Ulang sekali lagi siapa mamat ini...?
Kerja fulltime dia apa...?
Ketua UMNO Bahagian ke ni...?
Hoi.. malaon dalam gambar tak kisahlah apa jawatan kamu...
Naib Presiden UMNO pun iktiraf peranan pejuang siber...
Hoi... kamu lebih besar dari Naib Presiden UMNO eik...?
Apa Zahid Hamidi kata...?

Baca Selanjutnya Di Sini




Tepak Bersulam
Kami datang dengan semangat UMNO untuk membantu UMNO dan kerja kerja ini telah lama kami lakukan tapi kami bukan lah jenis yang mahu menonjol diri kehadapan. Niat kami sekumpulan datang ke PWTC ikhlas, saya bawa kumpulan blogers baru yang baru berjinak dalam ICT tetapi mereka ini berbakat.

Kami ada PAS media, kami juga ada PAS Media UMNO. tapi apa yang berlaku , babi pun tak kurang ajar dengan petugas UMNO di PWTC.Cakap baik baik tak payah rentap beg budak kami sampai koyak. Budak perempuan pula , bukan budak lelaki. Mereka ini tak ada budi bahasa. Kami ada PAS tapi dihalang masuk majlis pembukaan kami akur dan ikuti screen besar saja.

Baca Selanjutnya Di Sini

Mat Kilau Penang
Cerita yang sebenarnya,MKP dan Keris Lok 7 hendak masuk kedalam dewan PWTC pada malam pertama PAU akan tetapi dihalang oleh pihak keselamatan dan awek jambu dekat depan tue.MKP inginkan penjelasan kenapa tidak dibenarkan masuk kedalam dewan?Pihak keselamatan dan awek cun tersebut tidak dapat memberi penjelasan kerana ianya bukan didalam kuasa mereka.Awek tersebut telah memanggil BRO Nasri berjumpa kami.Maka datanglah Bro Nasri berjumpa kami.Lalu Pertanyaan pertama yang ditanya ialah kenapa kami dihalang masuk??????Alasan yang diberikan adalah UMB 'TIDAK DECLARE'. Jawapanya agak menaikan darah kami.
Baca Selanjutnya Di Sini

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Keris marah pada individu bukan pada parti..Hidup UMNO! 

1 ulasan:

  1. Najib patut lucutkan sahaja jawatan petualang UMNO ini.
    Korbanlah seorang utk menjaga hati ramai blogger2 UMNO.
    Kita tunggu tindakan Najib. Kalau ashik bagi amaran keras shj, tak payahkah.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk