Sengaja ingin memetik kembali penulisan YB Zul sebagai renungan bersama.
Maqasid syariah, siasah syar'iyyah dan tahaluf siasi. Inilah istilah-istilah yang akhir-akhir ini disalahguna dengan sewenang-wenangnya untuk agenda "politik matlamat menghalalkan cara".Mereka yang dulunya memaki hamun politik machiavelli; "the end justify the means" kini menjadi penyembah setia machiavelli - malah Machiavelli mungkin menangis terkejut dengan cara ideologi politiknya dibawa oleh kaum-kaum politikus songsang ini!
Matlamat mereka kini hanya satu: merampas kuasa politik Putrajaya! At all cost - semua kira halal. Janji nafsu serakah untuk berkuasa dan menduduki kerusi Perdana Menteri dan Menteri tercapai!
Maka dengan memperkudakan retorik tahalluf siasi, siasah syari'e dan maqasid syar'iyyah; habis semuanya disesah. Pengikut dan penyokong dibutakan dengan "kehalalan" tindak-tanduk mereka! Istilah dosa pahala, halal haram, hak batil, benar palsu, Islam kafir, aqidah wadah semuanya ditongsampahkan!
Maka halal kalimah ALLAH dijadikan bahan dagangan politik; diserahkan kepada kristian untuk digunakan dalam bentuk triniti! Tujuannya, untuk meraih undi kaum ini! Matlamatnya supaya menang pilihanraya dan menduduki Putrajaya!
Maka halal anak isteri dipajak sebagai bahan gadaian politik dengan bai'ah sumpah talaq tiga; tujuannya supaya penyokong mereka tidak lari! Matlamatnya supaya impian ke Putrajaya tercapai!
Maka halal tidur sebantal dengan kafir harbi biaDAP, walaupun rakan sekatil itu istiqomah menentang Islam, hingga sanggup mati menentang Islam! Tujuannya supaya rakan biaDAP ini terus tidor sebantal! Matlamatnya supaya dengan perkongsian songsang ini Putrajaya dalam genggaman!
Maka halal mengangkat kafir harbi Ambiga sebagai kalipah mengetuai himpunan haram mereka, walaupun jelas Ambiga penganjur IFC dan penyokong Islam murtad! Tujuannya supaya kerajaan yang ada tergugat! Matlamatnya supaya persekongkolan luar tabi'e ini membawa mereka ke Putrajaya!
Maka halal berhimpun haram dengan kaum kafir harbi, tetapi haram berhimpun halal sesama umat Islam! Tujuannya supaya kafir nanti akan memberi undi kepada mereka! Matlamatnya supaya kerusi Putrajaya semakin tercapai!
Maka halal untuk mati mempertahankan kafir harbi, walauupun sikafir cukup konsisten menentang Islam! Tujuannya supaya sikafir mahu merestui mereka! Matlamatnya agar dengan restu itu Putrajaya menjadi milik mereka!
Maka halal untuk membuang perjuangan Negara Islam, konon tak ada dalam Al Quran! Tujuannya supaya kafir tidak gerun mereka dilihat terlalu "Islamik"! Matlamatnya agar dengan pembuangan perjuangan itu sokongan kafir diperolehi dan Putrajaya dalam genggaman!
Maka halal untuk mempertahankan gereja harbi yang memurtadkan umat Islam! Tujuannya supaya restu dan redho gereja diperolehi! Matlamatnya agar Putrajaya makin dihampiri!
Maka halal menyokong orang yang paling buruk akhlaknya, dinobatkan sebagai pemimpin agong! Tujuannya supaya dengan bakat penipuan, pembohongan dan putarbelit yang dimiliki membawa sokongan dan undi golongan yang dibuta-tuli! Matlamatnya supaya si pengembala hebat ini memimpin mereka ke Putrajaya!
Maka halal menyokong orang yang menganut fahaman sesat pluralisma, walaupun difatwakan sesat dan menyesatkan! Tujuannya agar kaum liberal memberi sokongan dan dokongan! Matlamatnya dengan undi kaum liberal ini membawa mereka ke Putrajaya!
Sebenarnya sudah terlalu banyak perkara yang haram menjadi halal, yang berdosa menjadi pahala, yang batil menjadi hak, yang palsu menjadi benar, yang kufur menjadi "Islamik".
Hingga mereka sudah tidak tahu membezakan yang mana satu aqidah, yang mana satu siasah! Mereka menjadi buta kepada perbezaan tauhid dan maqasid! Mereka menjadi tuli kepada perbezaan aqidah dengan wadah! Mereka muncul menjadi kaum haramjadah yang menjubahkan diri mereka dengan warna-warni Islamik!
Sebab itu teman perturunkan dibawah penulisan seorang tokoh aktivis Islam yang jelas maksudnya dibawah. Al Fadhil Ustadz Ismail Mina adalah salah seorang founding member ABIM. Beliau dikenali terlalu rapat dengan Anwar Ibrahim, sehingga digelar Mursyidul Am ABIM. Sehingga menghampiri tahun 2008, beliau antara yang lantang mempertahankan dan membela Anwar. Tetapi sokongannya mula pudar apabila Anwar secara terbuka menyokong kaum kafir. Dan bertambah pudar apabila timbul kes Saiful Bukhari. Dan hancur bila terbongkar fahaman pluralisma yang dianuti Anwar.
Kini Ustadz Ismail Mina, bersama dengan seorang lagi sahabat rapat Anwar, Professor Datuk Sidek Baba (atau lebih dikenali sebagai Cikgu Sidek - bekas Timbalan Rektor UIA) menjadikan penentangan terhadap Anwar Ibrahim sebagai satu jihad!
Semoga penulisan Ustadz Ismail Mina membawa menafaat kepada kita semua umat Islam yang masih punya sedikit keimanan! Semoga ALLAH menjadikan penulisan itu sebagai satu 'ibadah buat Ustadz Ismail Mina.
Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin NoordinIslam Agamaku! Melayu Bangsaku!
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: Masih ramai yang tertipu atau rela ditipu?
cukup cukup la org parti pas...jgn di tipu oleh A1....tumpu la pd islam dan rapatkan kembali org2 islam.... A1 memang tak boleh di percayai...kerana cita2 peribadi beliau...sanggup meletakan agama islam itu rendah utk mendapatkan undi2 org bukan islam...kpd org2 pas buka la minda dan tengok la semula apa yg A1 dah buat....demi Islam bersatu semua org2 melayu...jgn suatu hari nanti anak cucu kita menumpang di negara tumpah darah nya sendiri...jgn sampai ramai org melayu akan jadi penganut agama lain bila Islam tidak lagi berkuasa di Malaysia ini..Ya Allah Ya Tuhan ku ..hambu mohon selamatkan negara bertuah ini...salam
ReplyDelete