14/12/2011

Daulat Tuanku! Sultan Kedah Diisytihar Yang di-Pertuan Agong ke-14


Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya pada Jumaat bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sultan Abdul Halim akan turut mencatat sejarah baru iaitu menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali yang kedua dalam sejarah pemerintahan baginda. Kali pertama baginda menaiki takhta ialah pada tahun 1970 sehingga ke tahun 1975 iaitu sebagai Yang di-Pertuan Agong yang kelima.

Belum pernah dalam sejarah pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak kewujudannya pada tahun 1957, mana-mana Raja atau Sultan menaiki singgahsana takhta negara untuk kali yang kedua.

Sementara itu, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri. Sultan Muhammad V, 42, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010. -MStar


Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara. Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama ialah dari 21 Jan 1970 hingga 20 Sept 1975 semasa berusia 43 tahun.

Beberapa fakta menarik tentang Yang Di-Pertuan Agong ini ialah:

  • Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara merdeka pada 31 Ogos, 1957. Semua Sultan/Raja di negeri-negeri beraja akan menjadi Yang di-Pertuan Agong secara bergilir-gilir.
  • Sultan Abdul Halim Muazzam Shah merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama yang menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali. Yang di-Pertuan Agong lain cuma sekali berpeluang menjawat jawatan itu, malah sebahagian lagi mangkat sebelum menghabiskan tempoh jawatan mereka.
  • Kebanyakan Raja Permaisuri Agong adalah merupakan mereka yang berdarah Raja, kecuali Raja Permaisuri Agong yang kesembilan (Tuanku Siti Bainun), kesebelas (Tuanku Siti Aishah bt Abd Rahman) ketiga belas (Tuanku Nur Zahirah) dan keempat belas (Tuanku Sultanah Haminah) yang berasal dari orang kebanyakan.
  • Kebanyakan Raja Permaisuri Agong tidak mengenakan tudung, kecuali Raja Permaisuri Agong yang kesebelas (Tuanku Siti Aishah) dan ketiga belas (Tuanku Nur Zahirah) yang memakai tudung.
  • Yang di-Pertuan Agong termuda memerintah negara ialah Tuanku Syed Putera yang memegang tampuk kuasa Yang Di-Pertuan Agong pada usia 40 tahun.
  • Raja Permaisuri Agong yang termuda menaiki takhta ialah Tuanku Siti Aishah yang menjawat jawatan itu ketika baru berusia 29 tahun.
  • Istiadat melafaz sumpah pada kali ni adalah yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar yang mula beroperasi pada 15 Nov lepas.

Sumber: Budak Botak


Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun. Patik ingin mengambil kesempatan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena pengisytiharan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-14


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Semoga bertambah makmur negara dibawah pemerintahan Duli Tuanku..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk