Apa yang tersembunyi didalam satu plastik hitam? Hingga ia menimbulkan segala kekecohan dan menjadi pertikaian semua orang. Mungkikah benar ia adalah sebuah bom yang diikhuatiri akan meletup? Atau mungkin juga sesuatu yang sangat berharga.
Dalam masa yang sama, mereka semua sebenarnya di dalam sebuah rancangan realiti TV "Rupa: Bukan Sekadar Berbakat Besar' menguji sejauh mana pembawakan rupa mereka dalam setiap watak yang diberi. Beberapa orang telah tersingkir pada minggu-minggu sebelumnya kerana telah tewas di tangan peserta lain akibat undian SMS tidak memihak kepada mereka.
Apa Kata Keris 7 Lok :
Baru-baru ini Keris dan rakan-rakan ada menonton pementasan ini pada 11 Disember 2011 yang lalu. Ada yang suruh komen dalam artikel jadi Keris tulis sedikit pandangan buat pementasan tersebut dan para pelakon. Pendek tapi ringkas dan maaf ya jika tidak menarik kerana Keris bukan reti sangat tulis review tentang teater.
Okay pada sudut pandang Keris, permulaan cerita sudah menghiburkan penonton apabila Aloi masuk dan mula berbicara dan memperkenalkan para pelakon. Pelakon-pelakon juga sempoi dan membuatkan penonton rasa senang melihat mereka memperkenalkan diri.
Baik! Jalan cerita pula!. 1Plastik Hitam ini bermula dengan rentak perlahan dimana watak Busker berperanan memulakan cerita dan menyesuaikan minda penonton untuk masuk ke dunia mereka. Permainan emosi mula bermain dengan kehadiran watak Budak Perempuan Berpakaian Sekolah dimana kemudiannya persoalan mengenai apa yang berada didalam plastik hitam menjadi tanda tanya dari saat ia dibawa masuk oleh Perempuan Purdah. Ia terus menerus menimbulkan tanda '?' di kotak fikiran penonton apabila setiap percanggahan pendapat mula ditimbulkan oleh Lelaki Perkasa dan Graduan Muflis.
Humorisme diterapkan dalam setiap dialog mereka namun sebenarnya bait-bait interaksi mereka membawa mesej yang tersendiri dan agak berat, hanya yang fokus sahaja akan faham. Antara mesej tersirat yang cuba disampaikan melalui perkataan dan perbuatan didalam cerita ini adalah sifat amanah, mempertahankan prinsip hidup, kontradiksi sifat manusia ; kesediaan menempuh kehidupan biarpun tidak punya apa ; kegagalan biarpun punya satu kejayaan. Ini pendapat peribadi Keris, saat Lelaki Perkasa menyanyi lagu Dari Sinar Mata itu memberi maksud bahawa anak gadis seringkali terbuai dengan pujuk rayu lelaki yang akhirnya memakan diri. Dari segi watak pula ternyata 'spotlight' kepada Anas yang memegang watak Busker kerana beliau tampak santai. Namun begitu setiap watak berjaya memberi impak dan kesan tersendiri kepada penonton.
Keris beri 5 Bintang kepada mereka kerana berjaya membuat kami semua terhibur sehingga tidak sedar waktu berjalan dengan cepat. Lelah perjalanan daripada Johor seakan hilang setelah menonton teater tersebut. Tahniah! Keris bangga ada anak muda punya aspirasi dan berbakat besar! Teruskan usaha anda semua dan Keris doakan setiap pelakon dan 'orang kuat belakang tabir' berjaya didalan dunia seni.
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: Keris dah lama tak tengok teater..tapi sebab diorang ni..Keris dah jadi ketagih nak tengok teater!..Well done..
0 ulasan:
Post a Comment