02/12/2011

#PAUMNO : UMB Terjah DS @ZambryAbdKadir!!!

Malam semalam Keris dan 9 rakan bloggers daripada Unit Media Baru PPUM berpeluang untuk bersembang secara santai bersama Menteri Besar Perak iaitu Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Peluang ini kami gunakan untuk bual bicara dengan menyentuh pelbagai isu.

Antara isu yang yang diutarakan adalah mengenai Bajet Negeri Perak 2012 yang mempunyai 50 Tumpuan yang terbahagi kepada 4 Fokus iaitu Ekonomi, Modal Insan, Infrastruktur dan Kehidupan Rakyat dengan gagasan "Mensejahterakan Rakyat & Memakmurkan Negeri" dengan anggaran hasil dan terimaan pembangunan berjumlah RM865.12 juta.


Bloggers MIM ada bertanya mengenai laporan palsu yang menuduh beliau sebagai pengganas yang disyaki telah ditahan diluar negara seperti yang telah disiarkan oleh Suara Keadilan dan beliau menjawab, " Ini semua hanya tuduhan pihak disebelah sana yang mahu mengurangkan keyakinan rakyat kepada saya dan mahu memburukkan UMNO dan Barisan Nasional".

Dan seperti yang diberitahu semalam, mahkahmah telah mengarahkan Suara Keadilan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta. "Ini bukan soal wang 100 juta, 200 juta mahupun 1 Billion tetapi ini soal peribadi dan maruah! dan berapa banyak pun yang mereka bayar, wang tersebut akan disalurkan ke rumah anak yatim", jelas beliau.

Bagi menghadapi PRU13 beliau berkata BN Perak telah bersiap-sedia dalam mempertahakan negeri Perak dan beliau juga menyerahkan pemilihan calon kepada pimpinan pusat termasuk untuk dirinya yang bersedia mengundur diri sekiranya bbeliau bukanlah seorang 'Winnable Candidate' kerana fokus sekarang ini adalah untuk menang.

Dan apabila rakan Keris bertanya mengenai 'Wow Factor' yang mampu membuatkan rakyat mengikut angin kearah Barisan Nasional, beliau menjawab,"Kita lebih pergiatkan program-program yang boleh terus dirasai oleh rakyat dari atasan hingga ke akar umbi. Yang lain-lain, biarlah kita "underdog". Apapun, you know that I'm a fighter!"

Keris berpeluang untuk bertanya adakah beliau turut menghargai penulis blog dan beliau dengan senyuman menyatakan dirinya sememangnya berterima kasih dan meyokong bloggers untuk terus mematahkan serangan fitnah pihak pembangkang sekaligus menyatakan media baru itu penting didalam menyampaikan informasi kepada rakyat dan golongan muda khususnya.

Beliau juga melabelkan penulis blog muda seperti Keris dan rakan-rakan UMB sebagai 'Screenageers' yang memberi maksud 'Golongan muda yang sering menghadap skrin komputer'. Haha!. Satu label yang kena gayanya.

Pada pendapat Keris, DS Zambry Abd Kadir adalah 'role-model' kepada golongan muda yang mahu berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Teringat pesanan beliau yang mengatakan generasi baru itu perlu dalam menjana idea-idea baru dalam Barisan Nasional namun orang-orang lama jangan dilupakan.

Keris 7 Lok kata: DS Zambry memang sempoi...macamni memang DAP Perak harus takut sebab orang muda memang selesa dengan beliau..jaga-jaga ye parti rasis!

1 ulasan:

  1. tuan mohon link kan blog saya ke blog tuan perdanahitam.blogspot.com

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk