19/12/2011

Kemelut MAS - Salah Siapa?


Baru-baru ini ketika Keris berada di KLIA untuk bertemu rakan sekolah, Keris terserempak dengan seorang kenalan yang dahulunya bekerja di MAS. Secara tiba-tiba beliau bertanya samada Keris sibuk atau tidak kerana ingin memberitahu sesuatu. Beliau berkongsi sedikit masalah dalaman MAS yang menjadi isu hangat dikalangan pekerja mereka sekarang.

Antara isu yang masih membelenggu pemikiran para pekerja malahan rakyat Malaysia sendiri adalah siapakah orang yang bertanggungjawab dalam ‘mengesahkan’ swap-deal diantara MAS dan AIRASIA. Sehingga ke hari ini pun penerangan penuh masih kabur dan tidak jelas kepada para pekerja MAS khususnya.

Dan akibat daripada itu, jangan terkejut jika terdapat suara-suara sumbang berkumandang menyalahkan kerajaan dan PM. Walhal isu ini tidak ada kena mengena dengan YAB Perdana Menteri pun. Jadi mengapa perlu salahkan Kerajaan dan PM?.

Khazanah milik kerajaan? MAS milik kerajaan?. Keduanya merupakan syarikat yang BERSAMA Kerajaan iaitu Government Linked Company dan itu tidak bermakna Kerajaan punya kuasa penuh untuk sebarang campurtangan. Segala tugas telah diberi mandat kepada satu-satu individu maka campurtangan itu sudah tidak perlu. Itu perbezaan antara Government Agency dengan Government Linked Company. 'Blame to the person who is in-charge not the government'.



Dan mereka juga tertanya-tanya, ‘Who sanction that Tony Fernandes to be non-executive in MAS?’. Keris pasti ramai yang ingin tahu tentang soalan tersebut. Sebelum ada pihak luar yang memang terkenal dalam memburukkan Malaysia dan akan mencari peluang untuk menunjukkan kerajaan itu salah, penerangan lanjut harus dilakukan.

Dan jika berkesempatan Keris akan cuba menulis beberapa perkara yang menjadi kebimbangan para pekerja MAS. Sebelum ada ‘syaitan’ yang masuk mempengaruhi pemikiran mereka, tak salah Keris sebagai jentera BN membincangkan kemelut ini.

Keris rakyat Malaysia dan kamu semua juga. Memegang kata-kata YAB Perdana Menteri ketika perhimpunan agung UMNO yang lalu. ‘Dahulukan rakyat! Rakyat sentrik!’. Maka sebab itu juga Keris terpanggil untuk membincang isu MAS.



Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Isu ini harus diambil serius!..akan menulis isu selanjutnya nanti..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk