Pertama, transformasi akhlak. Puteri akan kehadapan dalam menyediakan contoh akhlak terpuji yang harus diteladani.
Kedua, peradaban. Semua usaha dan pendekatan kita, akan lebih terarah kepada pembinaan sebuah peradaban bangsa yang berjaya.
Ketiga tranformasi perenggu minda atau mind set. Sudah tiba masanya kita membuka kotak fikir kita, untuk melihat perjuangan dalam bermacam sudut pandang dan perspektif. Lebih terbuka dalam menerima kritikan dan lebih berani menegakkan kebenaran.
Keempat, tindakan. Tindakan kita harus lebih agresif, proaktif dan lebih mengutamakan kepentingan parti dari kepentingan indidvidu.
Kelima pemikiran. Inilah tranformasi paling utama dan setiap dari kita harus percaya, semuanya harus bermula dengan asas pemikiran yang sihat dan terarah. GTP inlah yang menjadikan kita lebih berhikmah dalam berdepan cabaran perjuangan. Akhlak, peradaban, perenggu minda, tindakan dan pemikiran, inilah tranformasi asas YAB Dato Seri Presiden, dan kesemua transformasi ini harus didahulukan sebelum transformasi lain kita laksanakan. Masa kita kini adalah untuk setia bersama Dato’ Seri Presiden untuk merealisasikan tranformasi beliau, dan ini jugalah masa untuk kita bersama Dato Seri Presiden agar beliau tidak bersendirian melakukan perubahan ini. Itu janji kita di Pergerakan Puteri.
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: YAB Presiden juga meletakkan lima asa ketika ucapan dasar beliau..InsyaAllah Keris akan cuba dapatkan maklumat ucapan dasar Presiden UMNO..buat masa ini kita akan ulas ucapan Ketua Puteri dan Naib Ketua Puteri..
0 ulasan:
Post a Comment