26/12/2011

UMNO-PAS Bersatu - Adakah Ia Suatu Kemungkinan?



Keris juga melihat penyatupaduan ini sesuatu yang bagus kepada umat Islam khususnya namun entah mengapa ada pihak disebelah sana yang beria-ia tidak mahu bergabung. Benar kata pensyarah diatas dimana keinginan untuk menjadi calon mengatasi perjuangan bangsa,agama dan negara sekaligus membuatkan penyatupaduan itu mustahil akan berlaku.

Keris ada juga bertanya dengan rakan PAS dan beliau menyatakan bahawa sebenarnya ramai orang PAS mahu bergabung setelah melihat kini PAS seakan dikawal oleh DAP dan DSAI tetapi pihak atasan yang berkeras menolak perpaduan itu.

Merujuk kembali kepada perjuangan lama mereka, nyata hari ini PAS tidak lagi membawa simbolik Islam sebagai keteguhan perjuangan mereka sebaliknya lebih kepada kesamarataan yang sudah tentu tidak membantu dalam keperkasaan Islam di Malaysia.

Keris melihat polemik perjuangan PAS ini harus dikaji semula oleh ahli-ahli mereka supaya tidak akan menyesal di kemudian hari. Sifat taksub pada pemimpin jiga harus dikurangkan kerana takut syirik pula, manakan tidak syirik jika air basuh tangan juga dengarnya ada diminum. Wallauahalam samada berita yang disampaikan pada telinga Keris itu benar atau tidak namun jika lihat dari segi luarannya perkara tersebut tidak mustahil jika ianya berlaku.

Natijahnya prinsip perjuangan itu harus jelas, jangan berubah mengikut angin, kejap Islam kejap berkebajikan. Umum tahu PAS dan PKR parti yang kecewa dengan UMNO kerana tidak dapat jawatan. Tak percaya? SIla rujuk sejarah mengapa PAS keluar dan mengapa PKR ditubuhkan.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: PAS? Selagi Nik Aziz jadi Mursyidul Am, jangan harap pada perpaduan melayu islam..dia punca melayu tidak bersatu!..

1 ulasan:

  1. mahpus,setapa,mat sabu...nama2 bebal yg menjadi penghalang kekuatan umat di m'sia..buruk sangka, fitnah,kurang cerdik,malas utk berikhtiar supaya umat melayu/islam supaya bersatu..nama2 yg menyebabkan org lari pas dan berenti sekejap mengundi spt aku..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk