Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh.
Dato' yang dihormati,
Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Dato' atas keberanian Dato' mempertahankan prinsip perjuangan Dato' memperjuangkan agama Islam, bangsa Melayu dan Institusi Raja-Raja di negara kita. Walaupun Dato' diserang dengan tidak sepatutnya oleh rakan-rakan di dalam parti seperti Setiausaha Agong parti dan kepimpinan parti di negeri Selangor, ianya tidak mematahkan kekuatan minda dan jihad fisabillillah yang Dato' perjuangkan.
Sebagai Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam di negeri Selangor, sememangnya insiden di DUMC tempohari amat menggugat kemarahan kita apabila saudara seagama kita ditarbiyahkan dengan aktiviti-aktiviti agama Kristian, yang nantinya akan membawa kepada isu yang lebih besar iaitu Pemurtadan. Saya percaya ada banyak lagi kes lain yang Dato' tidak sempat sebutkan seperti kes penjualan Arak dan aktiviti Judi di kawasan penduduk majoriti masyarakat Islam. Keberanian Dato' menegur Exco Kanan DAP dalam Kerajaan DAP Selangor dalam kes ini telah membuka pekung dan masalah besar yang berlaku di dalam pasrti PAS selepas berkawan dengan DAP.
Apabila Dato' bercakap isu 3R (Religion, Royal & Race), Dato' telah dituduh sebagai bersuaranada UMNO. Apabila Dato' menentang dasar baru parti iaitu Negara Berkebajikan sebenarnya Dato' memang bukan berada di arena yang betul. Seperti kata Dato', pembuat Dasar di dalam parti PAS hari ini dikuasai oleh kira-kira 65% golongan profesional, dan tinggal lagi hanya kira-kira 35% golongan Ulama. Maka, sudah tentu istilah-istilah sekular seperti Negara Berkebajikan, PAS For All (kalau di Israel, mereka gunakan kod Israel For All), Islam Liberal, Islam Plural (seperti Ucapan DS Anwar di Eropah yang memberi maksud semua agama sama yakni mempunyai Tuhan yang satu), Kesamarataan dan sebagainya akan juga menjadi seperjuangan kepada parti PAS itu. Semua itu adalah sesuatu yang alergik kepada PAS khususnya di dalam era Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, Allahyarham Ustaz Yusuf Rawa malah asing juga kepada TG Haji Hadi Awang.
Pada saya, sama juga seperti kata Dato', tiada gunanya menjadi kerajaan (pemenang) sekiranya air mata berderai melihat umat Islam di Selangor tidak mampu dibela. Dato' hampir-hampir umpama patung bernyawa. Bukan sahaja isu di DUMC dan kes penjualan Arak itu Dato' tidak berjaya atasi, walaupun Dato' mempunyai kuasa exco atas hal-hal berkaitan agama Islam dan adat-adat bangsa Melayu di Selangor. Dato' pasti tidak lupa masalah besar yang belum meletup di Sepang, bagaimana surat dan arahan Dato' di sana terpaksa dibakulsampahkan kerana kakitangan telah mendapat arahan baru dari dua orang Exco Kanan DAP. Rukun Tetangga di situ, ahli kareah di situ, kebanyakannya ahli PAS pun Dato' tak mampu hendak membela masa depan mereka dek kuatnya DAP menutup dan mengikat pergerakan Dato'. Berapa banyak surat mereka yang Dato' sendiri malah Menteri Besar pun tidak mampu tolong. Malahan Menteri Besar Selangor pun terpaksa tunduk kepada Exco-Exco kanan DAP dalam hal ehwal umat Islam. Kerana kerajaan DAP Selangor menggunakan konsep samarata, samakuasa, sama-sama di dalam banyak perkara.
Maka, tidak ada gunanya lagi Dato' berada di dalam satu jamaah yang Dato' tidak boleh berfungsi sebagaimana yang sepatutnya. Saya telah menulis banyak tentang Dato', saya berharap Dato' mufaraqah dengan segera demi kebaikan umat Islam di Selangor, bangsa Melayu dan Institusi Raja-Raja di negara. Dato' Mahfuz sendiri meminta Dato' segera meninggalkan jamaah tanpa perlu menunggu masa dipecat. Dato' harus ingat suara itu adalah suara siapa?
Salam Hormat. Assalamualaikum
Ditulis oleh: Al-Azharri Siddiq Hj. Kamunri - jentayubaka.blogspot.com
Keris berpendapat bahawa Hasan Ali ini sebenarnya tidak bersalah dan dia dipermainkan oleh puak erdogan dan anwarinnas dimana Hasan Ali telah dibunuh karakternya atas sebab beliau tidak menyebelahi pihak mereka.
Melalui kenyataan Hasan Ali tentang isu Setiausaha Agung PAS yang tidak mahu menjawab berkaitan dikatakan dirinya terbabit berjumpa dengan pihak UMNO seharusnya disiasat oleh Majlis Syura secara telus dan tidak berat sebelah.
Siapa yang berada di pihak yang salah? Hasan Ali ataupun Mustafa?. Keris akan cuba dapatkan feedback dari rakan yang juga seorang jumud PAS tegar mengenai isu ini.
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: Semakin ramai pemimpin PAS yang takut beri kenyataan sebab selalu kantoi..
0 ulasan:
Post a Comment