BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH,
SALAM PERJUANGAN DAN SALAM 1 MALAYSIA. Segala puji-pujian bagi Allah swt, Tuhan sekalian alam, Selawat dan Salam Keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad saw dan Keluarga serta para sahabat baginda.
Yang Berbahagia Puan Pengerusi Tetap;
Yang Berbahagia Puan Timbalan Pengerusi Tetap;
Yang Berhormat Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin,
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia;
Yang Berhormat wakil-wakil Majlis Tertinggi UMNO;
Yang Berbahagia rakan-rakan Exco;
Dif-dif Kehormat, Para Tetamu dan Para Jemputan;
Wakil-wakil Media; dan Para Perwakilan serta Para Pemerhati yang saya kasihi sekalian.
Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, di atas limpah rahmat NYA, kita berjaya berhimpun dan bersidang di dewan Merdeka ini, bagi menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh parti untuk menjayakan Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bagi tahun 2011. Setinggi-tinggi tahniah juga kepada para sahabat dan adik-adik Puteri semua, diatas kejayaan buat ke sekian kalinya dalam melaksanakan tanggungjawab, menjayakan persidangan di peringkat cawangan dan bahagian dengan penuh tertib, teratur dan sempurna.
Kalau tidak pohon berangan
Tidak kenari terbang kemari
Kalau tidak kerana perjuangan
Tidak kita berkumpul di sini.
Para perwakilan yang saya hormati sekalian.
Sedar atau tidak, sudah 11 tahun usia penubuhan Puteri UMNO. Sepanjang detik itu pelbagai rintangan telah kita lalui bersama. Ada yang manis dan ada yang pahit, namun semuanya adalah merupakan pengalaman yang amat berharga untuk kita jadikan iktibar dalam meneruskan kesinambungan perjuangan Puteri yang kita warisi ini.
Melalui pengalaman itu jugalah, telah mematangkan ahli-ahli Puteri melalui perbahasan-perbahasan yang dijalankan serta usul-usul yang dibawakan. Ia tidak lain bertujuan untuk memantapkan lagi pergerakan ini sekaligus memastikan agar ia mampu bergerak seiring dengan Pergerakan Wanita dan Pemuda.
Para perwakilan yang saya hormati.
Mengikut pada daftar keahlian sehingga 27 September 2011 , jumlah keahlian UMNO adalah seramai 3,279,849 orang.(Tiga juta, dua ratus tujuh puluh sembilan ribu,lapan ratus empat puluh sembilan orang).Daripada jumlah tersebut seramai 362,741 orang merupakan ahli Pergerakan Puteri.
Jumlah pengundi muda yang berusia dalam lingkungan 21-40 tahun adalah mewakili sebanyak 41% dari jumlah keseluruhan pengundi. Maka, jentera puteri yang seramai 362 ribu lebih ini adalah merupakan pejuang-pejuang yang mesti membantu parti untuk dekati pengundi di akar umbi.
Saya selaku Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO M’sia menjunjung tinggi komitmen Presiden kita,Datuk Seri Najib Tun Razak membawa transformasi dalam kerajaan dari aspek ekonomi dan politik. Transformasi yang dilakukan dalam UMNO adalah lebih awal sebenarnya iaitu dalam ‘Pindaan Perlembagaan UMNO’ dimana inilah kali pertama setiausaha bahagian menjadi perwakilan ke Perhimpinan Agung secara automatik.
Kita juga sangat menghargai keprihatinan DS Najib terhadap orang muda kerana generasi muda pada hari ini adalah pemimpin pelapis yang akan menentukan halatuju politik negara dan di tangan mereka inilah survival perjuangan agama, bangsa dan negara ditentukan.
TRANSFORMASI.
Sidang Perwakilan sekelian,
Sepanjang 2 tahun ‘Gagasan 1 Malaysia’ dilancarkan oleh DS Najib, dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, telah mula menunjukkan kesan, dirasai dan memberi erti kepada rakyat. Contohnya pelancaran Kedai 1 Malaysia , Klinik 1 Malaysia dan Skim Rumah Pertamaku dengan pinjaman 100% diberikan untuk kesenangan rakyat.
Dalam konteks bajet 2012, kerajaan membuktikan komitmen dalam mendahulukan rakyat. Pemberian insentif RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, RM 200 untuk pelajar IPT, dan RM 500 diberikan kepada isirumah yang berpendapatan dibawah RM 3000 tidak lain hanyalah untuk membantu mengurangkan beban rakyat.
Begitu banyak kemudahan dan transformasi yang telah dilakukan oleh kerajaan yang di pimpin oleh perdana menteri kita dalam masa 3 tahun ini, cuma bagaimana kita hendak membantu hebahkan kepada rakyat.

Sekiranya semua puteri memainkan peranan menjadi agen hebahan , Insyaallah rakyat akan nampak keikhlasan kerajaan yang untuk mendahulukan rakyat dalam semua dasar dan perancangan.
3 tahun dulu Kedah, Selangor dan Pulau Pinang telah menyertai negeri Kelantan beralih ke tangan pembangkang, apa yang dapat kita lihat dalam 3 tahun pembangkang memerintah?
Kedah...tiada apa
Kelantan..20 tahun dari air bersih sampai air berkarat
Selangor...3 tahun. Apa yang ada ...hanya rumah urut yang bertambah.
Tetapi lihatlah pemimpin kita DS Najib dalam 3 tahun, macam2 ada , macam2 buat, macam2 laksana.
Oleh itu, semua puteri di dalam dewan dan diluar dewan mesti memainkan peranan memberitahu, memaklumkan dan menyampaikan setiap inci sumbangan kerajaan supaya rakyat tahu dan sedar apa usaha kerajaan dalam meringankan beban rakyat.
PENDIDIKAN
Sidang Perwakilan sekelian,
Saya juga ingin berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, YAB Dato Seri Muhyiddin Yassin, kerana telah banyak melaksanakan tranformasi di dalam bidang pendidikan selama 3 tahun ini diantaranya pemansuhan yuran persekolahan, pemberian bantuan persekolahan selain dari meningkatkan fasiliti dan prasarana di sekolah-sekolah seperti menaiktaraf padang sekolah, pembinaan bangunan dan sekolah baru serta makmal komputer untuk kemudahan pelajar.
Timbalan presiden kita juga telah mengumumkan peruntukan berjuta ringgit kepada Sekolah Agama Rakyat. Disini saya ingin merayu kepada semua sekolah agama rakyat supaya berdaftar dengan Kementerian Pelajaran supaya bantuan dapat disalurkan sama rata demi masa depan anak-anak kita.

Dalam pada itu, kami juga menyanjung keputusan Presiden yang mengumumkan pindaan dalam Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membenarkan mahasiswa menjadi anggota mana-mana parti politik. Ini melibatkan peranan besar generasi muda dalam pelbagai keputusan dan menentukan survival bangsa. Keputusan ini adalah suatu amanah yang berat dimana negara memerlukan produk pemimpin pelapis dan dalam masa yang sama mahasiswa harus bijak menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk mematangkan diri, memahami politik diluar sana tetapi jangan membawa nilai negatif sehingga terabai pelajaran.
Politik bukan untuk perpecahan tetapi untuk membantu kesinambungan kemakmuran negara. Sehubungan dengan itu, Puteri haruslah tangkas mengambil peluang ini untuk mendampingi mereka seramai yang mungkin. Saya percaya majoriti pelajar-pelajar ini merupakan pengundi kali pertama dan mereka bukanlah ahli kepada mana-mana parti.
Kembali kepada perjuangan asal...
Para perwakilan yang saya sayangi sekalian.
Menyedari ini adalah himpunan terbesar kita sebelum menjelang pilihanraya ke 13 yang bakal menjelma, saya berasa sungguh bersyukur dengan semangat juang yang masih kental yang ditunjukkan oleh para perwakilan sekalian. Biar dimana sekali pun kita berada, sehujung di Padang Besar di Negeri Perlis hingga ke Semporna di negeri di Bawah Bayu, merentasi pelbagai halangan geografi, budaya, ternyata nawaitu perjuangan kita masih dan tetap sama.
Gendang perang telah dipalukan, dan kita telah mempunyai kapten dan nakhoda yang bijaksana dan jelas hala tujunya. Puteri sebagai anak kapal dalam sebuah kapal perang yang besar ini harus tahu memainkan peranan masing-masing dan pastikan kita mendayung mengikut arah yang senada.
Adik-adik perwakilan sekelian harus kembali ke negeri, bahagian dan cawangan masing-masing, dekatilah pengundi wanita muda dan pengundi atas pagar. Dekati mereka, sentuh jiwa mereka. Mereka ini ada dimana-mana seperti peniaga di pasar malam, pekerja industri, pekerja pasaraya, pelajar kolej serta guru-guru di sekolah agama rakyat. Jangan dipinggirkan mereka-mereka ini kerana ingatlah seorang individu membawa 1 undi untuk kita. Puteri harus menjadi payung yang memberi lindungan kepada orang muda.
Puteri harus memberikan komitmen 100 peratus dalam setiap pilihanraya. Puteri harus meletakkan keutamaan parti tak kira calon dari parti komponen mana asalkan dari BN, yang menang adalah parti bukan diri kita. Puteri tak minta jadi calon, puteri tak minta jadi wakil rakyat tetapi sekiranya di beri kepercayaan oleh pucuk pimpinan, ada ahli puteri dari atas pentas ini mahupun dari dalam dewan ini wa’ima dari luar dewan yang dicalonkan dan merupakan winnable candidate, kami akan pastikan calon-calon puteri ini bekerja keras untuk memenangi PRU13 dan seterusnya memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Sidang perwakilan sekelian,
Biar tak pandai berkata-kata, asal Puteri pandai bekerja,
Biar tak pandai melaram, asal Puteri pandai buat program,
Biar tak nampak hebat, asal Puteri pandai ambil hati rakyat,
Biar orang lain bersembang, asal Puteri selalu turun padang,
Biar tidak Nampak garang, asal Puteri berani berjuang melawan pembangkang…
Para perwakilan sekalian.
Sebelum saya mengundurkan diri, saya menyusun sepuluh jari andai terdapat kesilapan, kelemahan mahupun kekurangan selama saya memikul amanah sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia. Kerana sesungguhnya setiap yang baik itu datangnya dari Allah swt jua, dan setiap kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri.
Akhir Kalam, bila semboyan kedua telah ditiupkan, Puteri tidak lagi gentar untuk berperang, kita akan pastikan puteri negeri Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang bangkit berjuang dan membantu merampas kembali negeri kita.
Mari kita rapatkan saf barisan, kukuhkan perpaduan, hilangkan segala persengketaan demi perjuangan Melayu bangsaku, Islam agamaku dan dirgahayu Malaysia tanahairku.
Hidup Melayu
Hidup UMNO
Hidup Puteri
Kita Pertahankan Putrajaya!!!!!.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Terima kasih.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: Kak Hanim ini memang sempoi..tak sombong dan jujur dalam perbualan..semoga terus maju dalam perjuangan..
0 ulasan:
Post a Comment