06/12/2011

Ulasan K7L Mengenai Ucapan Dasar @RosnahARS


Maaf kerana lambat memberi ulasan tentang ucapan dasar Dato Rosnah selaku Ketua Puteri UMNO Malaysia ketika Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang lalu. Terdapat beberapa elemen penting yang ingin disampaikan kepada para perwakilan didalam ucapan yang memberi lebih penekanan terhadap Wadah, Wasilah dan Hikmah. Ia juga memberi maksud jalan dan kedudukan keikhlasan dan kebijaksanaan.

Melalui ucapan tersebut, beliau ada menyatakan tentang kematangan Puteri UMNO Malaysia yang kini sudah menjangkau 10 tahun dengan 3 Ketua Puteri bermula dengan Dato' Sri Azalina Othman Said diikuti dengan Ketua Puteri kedua iaitu Dato' Noraini Ahmad dan kini jawatan Ketua Puteri disandang oleh Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.


Selain itu, beliau menyeru supaya para Puteri UMNO terus fokus dalam persediaan jentera parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 yang akan datang secara fizikal dan ketahanan mental. Beliau juga memberitahu peranan yang harus digalas Puteri UMNO iaitu bergerak turun ke akar umbi, mencari ahli supaya mengukuhkan parti serta menjadi jurucakap rakyat bagi sesuatu masalah sekaligus menjadikan platform Puteri sebagai satu medium yang mampu membawa sesuatu isu itu dibincangkan oleh pucuk pimpinan pusat.


Dan apa yang Keris mampu katakan, bait-baitnya halus namun ia mampu menjana satu semangat baru didalam persediaan menghadapi peperangan PRU13 sekaligus berpegang kepada UMNO tidak kira apa yang terjadi. Tahniah Dato Rosnah dengan ucapan yang membanggakan!

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Keris akan siarkan ucapan penuh beliau dan ulasan tentang ucapan Naib Ketua puteri pulak esok..

1 ulasan:

  1. terima kasih daun keladi..next time leh tau lak pandangan jujur saudara ttg pergerakan Puteri UMNO hari ini.Maybe boleh menbantu kami utk berusaha lebih gigih..yela,terkadang pandangan oragluar leh improve kekurangan yg ada..sudi2lah berkongsi yea..tq again..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk