08/04/2014

Tanah Canal City - SPRM Akan Masuk Siasat? @cq_rain



Di sebalik keghairahan penyokong dan pemimpin Pakatan Pembangkang menunggu hasil Laporan Audit Negara 2013 yang dibentangkan di Parlimen hari ini, timbul suatu isu yang boleh mencemar nama baik kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor berhubung penjualan tanah Canal City di Kuala Langat.

Kegemparan yang berlaku ini jelas menunjukkan pentadbiran kerajaan Selangor di bawah Pakatan Pembangkang tidak telus dan berlaku ketirisan, dan sekali gus gagal mengotakan janji pilihan raya iaitu mengamalkan pemerintahan yang telus dan adil.

Bersama ini disertakan kenyataan media oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berhubung beberapa pertikaian dan keraguan dalam urusan jual beli tanah Canal City di Kuala Langat kepada Tropicana Sephire Sdn Bhd.

Penjualan tanah Canal City di Kuala Langat meragukan.
Saya merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Selangor berkenaan isu penjualan tanah kpd Tropicana Sephire Sdn Bhd di laman portal Selangorku pada 26/3/2014.

1- Penjualan tanah di Canal City Kuala Langat seluas 1172 ekar atau 474 hektar kepada Tropicana Corp Berhad, Sapphire Index Sdn Bhd bukan berjumlah RM844 juta seperti dakwaan Menteri Besar tetapi berjumlah RM1.7 billion.

2- Penjualan tanah tersebut telah ditandatangani pada 15 April 2013 ketika "caretaker goverment" iaitu selepas pembubaran Dun pada 3 April 2013.

3- Mengikut perjanjian asal PNSB dan MBI telah menjual tanah tersebut kepada Tropicana dengan nilai RM1.3 billion dengan terma bayaran seperti berikut:

a- Tropicana perlu menjelaskan deposit sebanyak RM50 juta dalam tempoh 6 bulan pertama.

b- RM537 juta akan dibayar , berserta dengan faedah dalam tempoh 12 tahun.

c- Baki RM458.26 juta adalah 5 % daripada nilai pembangunan kasar tanah, ditambah pula dengan 3% daripada keuntungan bersih daripada projek.

3- Tropicana telah menjual 308.72 ekar daripada tanah tersebut kepada Eco World Bhd dengan nilai RM470.674 juta bersamaan dengan RM35 sekaki.

4- Pada 26/3/2014 Menteri Besar mengeluarkan kenyataan mahu Tropicana membayar jumlah harga keseluruhan tanah dengan nilai RM844 juta.

5- Dengan nilai RM844 juta ini bermakna harga tanah seluas 1172 ekar tersebut bersamaan dengan RM17 sekaki.

6- UMNO Selangor menuntut penjelasan kerajaan negeri Selangor kenapa harga tanah yang dijual kepada Tropicana tidak mengikut harga pasaran. Dalam tempoh kurang dari 1 tahun tanah Canal City dijual kepada Eco World dengan harga sekali ganda daripada harga asal.

7- Bagaimana Menteri Besar selaku Pengerusi PNSB boleh membenarkan perjanjian jual tanah berlaku ketika Caretaker Goverment.

8- Laporan kepada SPRM akan dibuat kerana UMNO Selangor melihat ada berlaku ketirisan dalam perjanjian jual beli yang dibuat.

Datuk Seri Noh Omar
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

Nampaknya Kerajaan Selangor masih terus menerus menyeleweng? Sila kemukan bukti penafian dan benarkan SPRM masuk dan siasat. Mohon juga pihak Pemuda Kuala Langat untuk jelaskan kepada rakyat Kuala Langat khususnya berkenaan kes ini.

K7L : Telus dan adil..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk