02/04/2014

Mengapa DAP Melompat Isu Subsidi? - Rakyat Jangan Termakan Dakyah Songsang Pembangkang



Nampaknya puak cai-cai pembangkang tidak berhenti lagi memusing fakta bagi mengelirukan rakyat Malaysia perihal rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia secara berperingkat dan sistematik.

Fakta yang cuba mereka sembunyikan adalah berkenaan penjimatan wang negara hasil daripada rasionalisasi subsidi akan disalurkan bagi kerja-kerja pembangunan dalam menjamin kemajuan dan kualiti hidup rakyat.

Kemajuan terhadap infrastruktur dapat dilaksanakan dengan lebih cekap sekaligus prasarana yang tersedia akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia sendiri. Penstrukturan semula ini tidak bermakna subsidi akan dihapuskan terus.

Sebaliknya subsidi yang diberikan adalah untuk subsidi bersasar berbanding subsidi pukal yang dilihat dapat mengurangkan defisit fiskal dan mampu mengukuhkan kemampanan kedudukan kewangan negara.

Kini yang akan menikmati subsidi adalah mereka yang lebih layak. Mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana, yang meroyan siapa? Puak yang dah kaya tapi nak sapu juga.

K7L : Mohon terasa..



0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk