01/04/2014

Nik Aziz Sebenarnya Menangis Kerana Menyesal Sokong Anwar?



Semalam kita dikejutkan dengan insiden air mata oleh bekas Menteri Besar paling lama di Kelantan. Ramai yang berkata tak perlu lagi nak pertikai apa-apa. Orang dah mintak maaf ampunkan sahaja.

Betul. Memaafkan insan yang lain adalah perkara yang mulia. Tapi kalau benda yang ida buat banyak sangat tak betul kenapa baru hari ini sedar? Jadi cai-cai PAS selama ini mengiakan yang Nik Aziz memang salah dan berdosa?

Kifarah atau tidak itu kerja Allah. Itu antara Nik Aziz dengan Allah, siapalah kita untuk bercakap soal itu. Namun habluminnanas antara Nik Aziz dengan rakyat Malaysia itu boleh dikira untuk dibahaskan.

Berapa lama dia menipu orang PAS dengan perjuangan yang goyah dan tidak menepati syiar Islam? Sebenanrnya alasan sekolah pondok hanya untuk mengaburi mata media. Ada sebab lain yang mana hanya mereka-mereka yang rapat dengan Nik Aziz sahaja tahu punca maaf itu dipinta.

Tidak lain tidak bukan adalah kerana Anwar Ibrahim. Nik Aziz tahu akan buruk sifatnya Anwar Ibrahim tetapi selama ini dia terpaksa pejamkan mata demi melunaskan dendam dengan UMNO serta Barisan Nasional.

Gabungan Pakatan yang haram dengan DAP juga menjadi penyesalan Nik Aziz. Dia tahu kerana gabungan itu, rosaknya PAS di Selangor. PAS dilayan bagai kelas ketiga apabila DAP dan PKR yang lebih sudu dari kuah biarpun kerusi PAS lebih tnggi dari yang lain.

Apapun Nik Aziz dah sedar apa yang dia tak patut lakukan. Oh ya. Ini bukti dia bukan orang yang maksum. Jadi jangan ada pihak yang cuba 'mendewakan' dia. Apapun dalam kita meminta maaf, maafkan juga orang lain.

K7L : Dah mintak maaf pasal doa pecah perut yang mengarut?..

7 ulasan:

  1. BUKAN NIK AZIZ SEORANG, RAMAI LAGI..
    GUNAKAN AKAL DAN OTAK ANUGERAH TUHAN.
    BERFIKIR BERFIKIR DAN BERFIKIR....JANGAN SOKONG MEMBABITKAN BUTA...

    ReplyDelete
  2. kita sebagai manusia biasa patut saling bermaafan. dosa nik ajis biar ALLAH saja yg balas. semoga kita semua mendapat rahmat dr ALLAH SWT.

    ReplyDelete
  3. AGA-AGAK HARAKAH AKAN KELUARKAN ARTIKEL INI DLM AKHBAR MEREKA?

    Begitu mudah mengeluarkan FATWA alih-alih memohon maaf...

    Ada yang Allah sendiri tidak memaafkan... apatah lagi manusia..

    Bila Nak Mati Baru Ingat Syurga dan Neraka Allah...

    Kenapa Tak Mahu Masok Syurga PAS? Tak payah mintak maaf kan Nik Aziz boleh Bagi Jaminan Masok Syurga PAS..

    Aku Tidak dapat memaafkan Kamu wahai Nik Aziz...

    Di Padang Mahsyar.. Aku akan Menuntut Pengadilan Hakiki daripada Allah AzzaWajalla..

    ReplyDelete
  4. Bro...keluar Harian Metro bertarikh 31 April 2014..???

    ReplyDelete
  5. Bro...keluaran Harian Metro bertarikh 31 April 2014..???

    ReplyDelete
  6. ...akibat bila minda telah diliwat.....

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk