15/04/2014

PAS Hanya Main-Main Dengan Pelaksanaan Hukum Hudud!



Rakyat sudah boleh buka mata. Apa sebenarnya agenda PAS. Setiap kali muncul pilihanraya pasti soal hudud akan dibangkitkan dan dijadikan momokan kononnya UMNO dan Barisan Nasional menghalang pelaksanaan melalui surat mantan PM Malaysia, Tun Dr Mahathir.

Sekarang dah ada peluang. Mana menikusnya mereka?


Pas Selangor tidak berhasrat untuk mencadangkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu meskipun mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, cadangan tersebut tidak akan dibangkitkan buat masa ini sebaliknya mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ mengenai perkembangan pelaksanaan hukum itu yang sedang diusahakan Kerajaan Pas Kelantan ketika ini.

“Kita tunggu perkembangan (cadangan pelaksanaan hukum hudud) di Kelantan dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Iskandar diminta mengulas sama ada Pas Selangor akan mengikut jejak langkah kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Mengapa PAS Selangor tidak mahu mengikut jejak langkah PAS Kelantan? Apakah ada beza dasar PAS di Selangor dengan Kelantan? Apakah takut dengan DAP dan PKR hingga PAS Selangor tidak berani untuk bentang hudud dalam Sidang DUN Selangor?


K7L : Cakap main-main..kata nak sokong cepatlah..

3 ulasan:

  1. Tok guru ore kelate kuat menipu, itu baru tok guru belum lagi yang kuat merokok kat tepi jalan tu jangan percaya dengan dia orang ni takut aku.

    ReplyDelete
  2. Ceramah kat surau Pongg! pangg!pongg! pangg! berkenaan hudud.....bila di suruh buat macam2 alasan mcm2 dolak dalik....Pas cakap tak serupa bikin...bikin pun tak serupa Cakap ! Takbirrrrrrr !!!

    ReplyDelete
  3. UMNO dari dulu dah nak buat hudud tapi terpaksa dihentikan perancangan takut terkena kat diri sendiri sebab tu diorang takut bile sebut pasal hudud. Time nak dapat sokongan cina n india, sebut pasal hudud. Time xnak, sebut pasal DAP. Simple formula.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk