Malam tadi Keris ada tulis tentang krisis yang melanda Parti PKR dimana apabila Anwar menarik diri daripada bertanding untuk kerusi Presiden PKR, Wan Azizah juga tidak boleh bertanding kerana mengikut perlembagaan parti PKR mereka tidak boleh memegang satu jawatan dalam jangkamasa 3 penggal mengikut kata orang dalam PKR sendiri.
Sekarang pertandingan akan menjadi lebih panas apabila calon yang disangka menang adalah Saifudin Nasution berbanding Azmin Ali dan Khalid Ibrahim. Ironinya, Johari Abdul yang bertanggungjawab sebagai Pengerusi Pemilihan PKR yang boleh menjadikan Wan Azizah dari bertanding merupakan rakan karib Saifudin Nasution.
Sudah nampak percaturan yang dirangka dalam masa tiga penggal?
K7L : Ada orang sudah ada cita-cita jadi Presiden PKR rupanya..
0 ulasan:
Post a Comment