02/04/2014

Selepas Nik Aziz - Karpal Singh Bakal Minta Maaf Kerana Sokong Anwar?



Biasa bukan lihat video Karpal menyuruh Anwar turun dari takhta selesa Ketua Pembangkang dan diminta bertaubat?

Persoalannya, kenapa Karpal suruh Anwar bertaubat? Sudah tentu ada sesuatu yang Karpal tahu mengenai Anwar. Walaupun itu sebelum mereka 'bersama' namun selepas bersama Karpal terus mendiamkan diri, malah menjadi penasihat peguam pembela Anwar bila Anwar didakwa dengan pelbagai kes.


Kita tahu, Karpal Singh seorang peguam yang amat hebat, orang lama dalam bidang perundangan, sebut nama Karpal di mahkamah, silap-silap pendakwaraya boleh berpeluh dahi dengan Karpal ni, itu baru dengar nama, belum lagi dia bercakap.

Cuma prinsip sebagai seorang peguam, sudah tentu kena bukti dan kesahihan, barulah berani bersuara. Begitu juga pendapat Karpal mengenai Anwar, kalau Karpal takdak bukti mengenai Anwar, sudah tentu Karpal tak berani berkata demikian. Sebab beliau sorang peguam yang terkenal!

Cuma kita nak tanya, sebagai peguam, peguam bela dan kini penasihat peguam bela Anwar Ibrahim, sudah tentu banyak rahsia peribadi Anwar yang Karpal simpan.

Sekarang ni, Karpal telah dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh mahkamah atas kesalahan mengikut Akta Hasutan kerana menghasut atau mempersoalkan penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak oleh Sultan Perak pada Februari 2009.

Disebabkan itu, Karpal letak jawatan Pengerusi Dap dan membuat rayuan. Jika beliau tak salah, beliau akan kembali mengambil jawatan tersebut, kalau confirm disabitkan kesalahan, beliau akan melepaskan jawatan terus dan secara automatik jawatan ahli parlimen Gelugor pun akan dikosongkan.


Hari ini desas-desus Karpal ingin memohon maaf kerana berbohong perihal Anwar juga tersebar. Kemungkinan besar Karpal akan mendedahkan siapa sebenarnya Anwar Ibrahim yang akan bertanding pemilihan PKR melawan Isterinya.

K7L : Bapa Nepotisme Malaysia ini akan tersungkur rebah tidak lama lagi.

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk