30/04/2014

Macai PKR Terdesak! Sebarkan Poster Fitnah Untuk Tutup Poster Sebenar?



Berikut adalah poster yang telah tersebar meluas di laman-laman sosial. Difahamkan poster (di atas) hanya untuk internal diantara ahli PKR sahaja. Tetapi telah terbocor keluar pula dan menjadi bualan.

Hakim yang dijemput itu juga adalah juga seorang bekas calon PAS pada PRU 11 yang lalu di DUN N39 Kota Damansara dimana dia kalah teruk. Kemudian dia mengumumkan  persaraannya dari politik dan kembali aktif dalam bidang perundangan.

Tidak lama kemudian dia dilantik sebagai seorang hakim di Mahkamah Rayuan. Bermula dari saat itu banyak kes yang dikendalikan yang melibatkan dua pihak iaiatu BN dan Pakatan, memastikan kemenangan milik Pakatan.

Baru-baru ini Mahkamah Rayuan membatalkan pertuduhan terhadap YB Nik Nazmi - Timbalan Speaker DUN Selangor yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberikan notis 10 hari ketika menganjurkan Himpunan Blackout di Stadium Kelana Jaya pada Mei tahun lepas. 

Panel 3 hakim diketuai Hakim Mohd Ariff Mohd Yusof memutuskan Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang memerlukan rakyat untuk memberikan 10 hari kepada pihak berkuasa sebelum protes sebagai tidak berperlembagaan.

Berbalik kepada cerita tadi. Maka apabila cerita tentang hakim ini yang sering berpihak kepada Pakatan tersebar dimana sepatutnya ia hanya info internal, membuatkan mereka menyebarkan fitnah yang mereka garap sendiri.


Sudah menjadi amalan puak Pakatan terutamanya macai-macai PKR, mereka amat bijak menggarap fitnah dan menuduh orang lain yang membuatnya. Secara tiba-tiba mereka nafikan poster Izzah bertunang walhal yang tersebar meluas adalah poster internal mereka.

K7L : Dunia akhir zaman..sendiri buat, sendiri nafi, sendiri tuduh orang lain..

2 ulasan:

  1. kat hakim tak boleh masuk campur dalm urusan politik dan masyarakat...ini apa cerita dol

    ReplyDelete
  2. jika benar sistem kehakiman negara dikawal oleh kerajaan, sudah pasti hakim mahkamah rayuan yg merupakan bekas calon Pas itu tidak akan dilantik jadi hakim.
    perlantikkn hakim itu sudah cukup membuktikn yg badan kehakiman negara bebas.
    sebaliknya satu syarat dan protokol perlu diwujud demi penambahbaikan sistem kehakiman dimana hakim yg pernah terlibat dalam politik tidak dibenar menghakimi kes2 berkaitan dgn parti politik atau org2 politik.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk