Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.
Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke
sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan.
Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu."
Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Kerana itu Kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk meneruskan bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dan baucar buku RM250 kepada pelajar institusi pengajian tinggi.
K7L : Kita mencari penyelesaian..bukan cari salah..
Menghukum tanpa usul periksa memang satu kesalahan...lebih-lebih lgi hukuman dsn keputusan dibuat terhadap kanak-kanak...menyesal tidak berguna...seorang guru yang konon berpendidikan tinggi, bermoral tidak sepatutnya bertindak secara holistik.....sebahagian besar guru mengamalkan sikap begini...nasib baik guru ini menyesal...tapi berapa ramai yang tidak menyesal dengan sikap dan tindakannya....
ReplyDeleteSalam2 you!
ReplyDeleteSaya juga seorang guru.Bekas guru. Sebelum bersara saya telah berkhidmat selama 32 tahun 4 bulan 14 hari. dalam tempuh itu saya hanya bercuti selama 14 hari. Cuti sakit.
Saya berkhidmat di sekolah kawasan pedalaman di negeri Perak.Setiap hari saya terpaksa menyelusuri sungai perak selama lebih 45 minit sejalan dengan bot tambang bersama penduduk kampung yang ingin keluar kebandar. Selama berkhidmat sebagai seorang guru saya hanya berkhidmat di sebuah sekolah ini sahaja dari mula posting hingga bersara..(walau pun sekolah baru di bina dan nama sekolah bertukar.Namun tempat yang sama)
Dalam tempuh itu saya tidak pernah menggunakan rotan walau sekali pun keatas murid2 saya.
Saya tidak percaya kepada rotan sebagai salah satu alat bantu mengajar.. Banyak peristiwa menyayat hati yangf saya saksikan berlaku keatas murid saya.Soal baju koyak, tak berkasut, tak pernah membeli makanan di kantin, berbekal pisang rebus kesekolah untun makan tengahari dan banyak lagi,itu perkara biasa. Namun alhamdulilah. kini bekas murid2 saya itu ada yang telah berjaya dalam keriar masing2.Ada yang menjadi peguam.Doktor,Guru,Pengarah dalam jabatan kerajaan,bahkan ada yang jadi seniman.(Pelakun drama) Tv.
Itulah kita sebagai guru.Jangan jadikan diri kita sebagai lilin,membakar diri untuk menerangi orang lain.Tapi jadilah sebagai matahari yang menyinari dan memberi kehidupan kepada orang lain tanpa menjejaskan diri sendiri.
Semoga berjaya Cikgu.
By:Cikgu"S"
tuan admin.. boleh tak dapatkan no akaun cikgu tu.. manatau kot kot ada yang nak membantu cikgu tu membelikan pakaian sekolah budak tu.. sedih ..
ReplyDeleteterima kasih bagi yang melontarkan komen.. Keris pada dasarnya menyokong para guru dan badan beruniform.. kasihan mereka sering disalahkan tanpa sebab..
ReplyDeletebagi yang bertanya no akaun.. Keris tak ada maklumat tu tapi kalau saudara nak buat boleh ke sekolah berdekatan dan tanya kepada guru sekolah siapa ibu bapanya berpendapatan rendah.. bantu..
ini bukan kes terpencil. di sekolah yang anak saya belajar pun ada kes yang hampir serupa. anak ibu tunggal, terpaksa bersekolah selang sehari dengan abangnya kerana tidak cukup duit tambang ke sekolah.
ReplyDeletepibg patut lebih prihatin terhadap perkara-perkara sebegini. harus wujudkan tabung khusus untuk setiap pibg mengulur bantuan. jika harapkan individu seperti guru berkenaan, kesannya tidak menyeluruh.
kerajaan telah cuba bantu apa yang perlu. pibg boleh mainkan peranan yang lebih berkesan. kemiskinan bandar masih berleluasa dan perlukan perhatian khusus untuk menanganinya.
Cerita tu cerita matsalleh. Bukannya berlaku di malaysia. Saya pernah terbaca beberapa tahun yang lalu. Penulis tu plagiarise saja. Apa nak jadi dengan orang orang macm ni. Memainkan emosi orang sampai pembaca ada yg mintak nombor akaun nak salurkan sumbangan. Taknrasa malu ke penulis yg menceduk cerita orang.
ReplyDeleteslm anon @ cikgu S (15.04.2014 - 10:31)
ReplyDeletetahniah buat cikgu.. jua buat seluruh warga guru..
satu yg paling menarik dlm komen cikgu ialah "JADILAH SEBAGAI MATAHARI YG MENYINARI N MEMBERI KEHIDUPAN KEPADA ORG LAIN"
sgt power cikgu.....
Ha ha ha... Yang mana satu betul: sua tangan atau serah punggung? No problem, nak usik penulis skrip saja...
ReplyDeleteTakda masalah nak buat cerita teladan, nak bagi kesedaran. Tahniah kepada yang terasa, walaupun setakat berair di mata.
Kalau nak jamu ibu tunggal dan anak yatim memang banyak; yang dapat 6 - 7 pasang baju raya pun ada. Tapi setakat ni aku belum dengar lagi ada NGO yang tumpukan perhatian kepada murid/pelajar bermasalah. Mereka ini adalah generasi baru rakyat Malaysia, seboleh2nya berilah peluang yang sama tara untuk mereka mulakan hidup. Kita bantu dengan bersungguh, bukan di setiap awal tahun saja dengan pakaian dan peralatan sekolah baru, bukan bagai melepas batuk di tangga.
yg dok salakan guru tu x faham moral of the story....
ReplyDelete