Mazlan Aliman pernah 'bengang' dengan Felda kerana dalam majalah 'ICT Jelas' keluaran Felda Bil : 4/2010, ada mengeluarkan satu wawancara bersama Abd Rahim bin Aliman, iaitu abang kepada Mazlan Aliman.
Wawancara tersebut sungguh menarik sekali. Di hati kecil Keris berkata, 'patutlah Mazlan marah sangat dengan Felda'. Keris tidak mahu menulis panjang lebar berkenaan artikel tersebut tetapi cukuplah dengan menulis semua yang di 'hitam'kan di majalah:
1) Saya adalah anak peneroka. 6 orang adik beradik saya yang lain juga adalah peneroka.
2) Dari segi pendidikan pula, sejak darjah 5, anak-anak peneroka ini dijaga oleh Felda sampailah mereka memasuki universiti.
3) Jangan percaya kepada orang luar yang ada niat politik datang ke tempat kita kononnya nak membantu.
4) Nasihat saya kepada peneroka... Marilah kita bersama Felda. Ikutlah program tanam semula bersama Felda. Kita semakin tua. Kalau kita berduit pun, kita tidak mempunyai tenaga untuk menguruskan ladang 10 ekar.
5) Akhir sekali saya juga selaku abang kepada saudara mazlan Aliman, ingin menyeru kepada peneroka-peneroka yang terlibat bersama beliau, PULANGLAH KE PANGKAL JALAN.
Memang Felda bukanlah 100% sempurna namun pihak pengurusannya telah berusaha untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada pada mereka. Ingatlah, tidak semestinya apabila bertukar kerajaan, semuanya akan menjadi baik.
K7L : Kalau abang dia dah cakap macamtu..nak cerita apa?..
0 ulasan:
Post a Comment