02/04/2013

Bukti Kit Siang Tak Buat Kerja Selama 9 Tahun Di Ipoh Timor!



Apabila masalah kerosakan jalan di Pasir Pinji dikemukakan kepada pusat khidmat Ahli Parlimen mereka yang mewakili Ipoh Timor, Lim Kit Siang hanya dijawab 'itu bukan kami punya hal'.

Berbeza dengan aduan kepada wakil rakyat BN, yang memang mengetahui isu tersebut adalah dalam bidang kuasa Majlis Bandaraya Ipoh, wakil rakyat BN akan berusaha untuk meminta Majlis Bandaraya Ipoh menangani masalah penduduk.

Pengundi DAP di Ipoh Timor mungkin sahaja telah mengutuk terang-terangan wakil rakyat mereka si tua ini, menyebabkan dia tanpa berat hati, lari untuk bertanding di Gelang Patah.

Ramai yang menyedari kerugian yang mereka alami sepanjang 9 tahun diwakili Lim Kit Siang.

Mereka kini tentu rindukan kelibat wakil rakyat BN terdahulu di Ipoh Timor, Thong Fah Chong yang rajin membantu segenap lapisan rakyat tanpa mengira bangsa.

Namun beliau tidak mungkin lagi bertanding. Lim Kit Siang telah memudahkan calon baru BN di Ipoh Timor untuk dijadikan contoh buruk seorang wakil rakyat.

K7L ; kantoi sudah..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk