02/04/2013

Dana Untuk Kontraktor Kelahiran FELDA Dan Peniaga-Peniaga FELDA!




Tahniah Felda! Ini yang peneroka dan rakyat Malaysia mahu dengar! Pembangunan demi pembangunan dijana dari masa ke semasa. Bukan dengan mencari salah orang itu dan ini tetapi terus maju kehadapan.

Malaysia Building Society Berhad (MBSB) telah memperuntukkan sejumalah dana permulaan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) memperuntukkan dana permulaan sebanyak RM250 juta sebagai pembiayaan untuk kontraktor Felda yang berdaftar dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Dalam masa yang sama jumlah ini mungkin akan menambahbaik Felda dari segi peningkatan bilangan kontrak untuk dianugerah kepada kontraktor dan PKS tahun ini berdasarkan apa yang Presiden MBSB Datuk Ahmad Zaini Othman cakaplah.

Bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini, Felda juga telah dianugerahkan projek atau kontrak bernilai RM67.5 juta kepada 1,734 kontraktor. Menurut Penegrusi Felda, Tan Sri Isa Samad, 91 peratus daripada mereka yang menerima kontrak adalah Bumiputera.

Apa yang Keris faham ketika sidang akhbar selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MBSB dan Felda, akan disediakan pembiayaan kontrak Islam dan kemudahan Express Cash PKS kepada kontraktor yang berdaftar dengan Felda.

Di bawah MoU itu, MBSB akan menyediakan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk skim pembiayaan kontrak dan sehingga RM1 juta untuk SME Express Cash. Tempoh pinjaman akan bergantung kepada nilai pembiayaan dan akan menjadi antara satu dan tiga tahun.

Di bawah skim pembiayaan kontrak, kemudahan yang ditawarkan akan membentuk pelbagai 'hitam dan putih' seperti surat jaminan, surat kredit dan kredit pusingan.

Ia merupakan satu peluang buat kontraktor dan syarikat-syarikat daripada kalangan peneroka mendapatkan pembiayaan dan bekerja pada projek-projek Felda, seperti "Sentuhan Kasih" projek perumahan untuk anak-anak peneroka generasi pertama.

Projek ini dijangka siap dalam tempoh lima tahun akan datang, akan dibina di setiap 11 kawasan Felda, bermula dengan 300 unit di Felda Tenggaroh 3, Felda Chini Timur 2 dan Felda Tenang Besut.


K7L : Siapa yang tak puas hati sangat dengan Felda tu?..lepas PRU ni mesti dia senyap..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk