Oppa Khalid Loser kata kononnya dia telah menjumpai satu sumber air yang baru untuk rakyat Selangor. Supaya tiada lagi masalah air berlaku di Selangor dan tiada lagi rungutan rakyat akibat kesilapan bodohnya dahulu.
Kini dia bercadang untuk mengorek kolam untuk menakung air sungai serta air hujan. Kiranya kolam itu akan mengumpul air dan dikatakan mampu untuk menyalurkan air mentah sebanyak 2 billion meter padu.
Air yang ditakung (yang akan menjadi air lopak dan lumpur setelah bercampur dengan tanah) akan diproses menjadi air bersih dan terawat. Air tersebut akan ditapis menggunakan loji rawatan air Sg Selangor di Bestari Jaya.
Ironinya, setelah 5 tahun menjadi Menteri Besar jajahan Pakatan yang dibelenggu masalah air, saat-saat terakhir sebagai MB baru dapat jumpa sumber air yang baru? Pelik sangat sebab jumpa apabila dekat dengan pilihanraya umum yang ke-13.
Hebat betul cara menyelesaikan air ikut cara Pakatan ini. Biarkan rakyat menderita dahulu dan setelah sekian lama terseksa, hadir dengan harapan supaya mereka diundi. Sekarang siapa yang politikkan isu air?
Apakah semua ini telah dirancang sejak mula-mula air mengalami masalah di Selangor? Lepas bubar Dewan Undangan Negeri terus jumpa sumber baru. Hmmm I smell something fishy here oppa! Macam ada yang tak kena!
Rasanya masih terngiang-ngiang pada telinga Keris yang Selangor dikatakan tidak memerlukan sebarang sumber air yang baru. Walaubagaimanapun, pakar-pakar air Negara telah lama mendedahkan sumber air yang baru.
Tapi apa yag dia sibuk canang nak buat hanyalah penstrukturan semula air yang tak habis-habis dan tidak menemui jalan penyelesaian. Bukan boleh selesai masalah air pun tapi sebab bongkak serta bodoh sombong, inilah jadinya.
Sekarang baru sibuk nak cari sumber air baru. Ish apa kena ni Oppa Khalid Loser oi? Dah flip flop pulak pasal isu sumber air. Apa sebenarnya yang menjadi masalah kepada si Khalid loser untuk selesaikan masalah ini dari dulu?
Ok chop chop! Dia kata sumber air itu mampu jana 2 billion meter padu air sehari. Itu sebab air takungan sungai serta hujan. Kalau masa tu kena pulak musim kemarau mana nak cekau air ek? Si loser ni kira tak sebarang kontra dengan cadangan yang diberikan?
Satu lagi dia nak pakai loji yang dah lama. Loji rawatan air Sg Selangor tu dah boleh masuk muzium sebenarnya. Kalau nak pertingkatkan kapasiti memang makan duit yang banyak. Dulu kata bazir duit rakyat, kenapa sekarang boleh pulak?
Loji Sg Selangor tu hari-hari beroperasi tanpa henti 365 hari setahun, 7 hari seminggu selama 24 jam. Nak bagi loji tu hancur terus ke macamana sebenarnya ni? Haa inilah dia manifesto bukan janji milik Pakatan.
Sering beri harapan kepada rakyat yang mana akhirnya rakyat akan tertipu dengan janji janji palsu mereka. Siapa yang buatkan air dipolitikkan?
Apa yang Keris mahu pesan, menjelang 5 Mei ini. Hati-hati apabila mengundi dan jangan salah pangkah. Undilah Barisan Nasional agar tidak lagi ditipu oleh pemangsa-pemangsa politik rakus daripada Pakatan.
K7L : Sayangi Selangor..yakini BN..
0 ulasan:
Post a Comment