Aduh mak aii…. Kalau nak bohong pun agak-agaklah sikit. Nampak sangatlah pujian yang diberikan seperti ikrar yang dilafazkan hanya palsu semata-mata. Kalau tengok video dibawah kita akan dengar Azmin ikrar nak sokong Khalid walhal dialah ‘Pengarah’ bagi drama untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim.
Nampak benor nipunya..Lepas itu Azmin guna pula orang dia yang bertindak sebagai pelakon tambahan dalam drama menjatuhkan Khalid. Siap cakap tak ada calon Barisan Nasional di Selangor yang mampu saingi kredibiliti Khalid.
Haha! Kredibiliti apa ya? Apakah kredibiliti yang dimaksudkan adalah kegagalan dalam urustadbir negeri dalam banyak aspek terutamanya kebajikan rakyat berkaitan krisis air yang melanda Selangor? Hmmmm
Kalau benar dia dipuji sebegitu tinggi, kenapa dia dipindahkan daripada menjadi calon DUN Ijok dan Parlimen Bandar Tun Razak yang dahulunya disandang oleh Khalid Ibrahim? Kenapa ke Pelabuhan Klang yang kini menjadi kubu kuat Barisan Nasional?
Ahhhhhahhhhh!! Keris smells something fishy here! Siapa sebenarnya yang merancang perubahan kerusi bagi setiap calon serta penyusunan calon-calon PKR mengikut kawasan jika bukan Pengerusi PKR Selangor sendiri?
Krisis air tidak dapat diselesaikan menjadikan kredibiliti Khalid Ibrahim lebih baik? Dengar cerita isu air yang melanda Selangor seakan tidak menjadi kepentingan lagi buat Khalid yang menjadi Menteri Besar Selangor bagi kerajaan negeri ‘caretaker’?
Lima tahun menjajah Selangor pun Khalid tak dapat selesaikan krisis air. Yang dia buat Cuma tuduh salah orang lain termasuk yang telah dirancang bagi tujuan sabotaj. Itupun rasanya Azmin tahu tapi nak pastikan Khalid kalah pada #PRU13 kali ini, dia sengaja puji melambung supaya rakyat mual dan muak.
Isu air Selangor akan dijadikan modal kelak bagi memburukkan SYABAS, Barisan Nasioanl termasuklah kegagalan Khalid Ibrahim dalam menyelesaikan polemik tersebut. Kini Azmin sudah berangan-angan untuk duduk di Pejabat Menteri Besar Selangor.
Kalau lihat sekarang ini, mereka giat berkempen tetapi dalam masa yang sama ada beberapa kawasan di Selangor sedang mengalami gangguan bekalan air termasuklah beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan.
Mereka kerap berkempen untuk Pilihanraya, sibuk membenamkan rakan sendiri supaya dapat jadi Menteri Besar jika tidak kalah Selangor dan rakyat yang mengalami gangguan bekalan air telah diabaikan.
Lihatlah sendiri bagaimana sikap pemimpin Pakatan Selangor yang tidak bertanggungjawab dalam isu air kerana mereka lebih pentingkan politik berbanding kebajikan rakyat yang berhadapan dengan krisis air yang semakin membimbangkan.
Kalau tanya Keris, baik Azmin ataupun Khalid yang jadi calon, masalah air tak akan selesai sebab masa yang dilengahkan untuk beberapa kaedah menyelesaikan masalah tersebut dilengahkan terlalu lama.
Kenapa tak bina Langat 2 dari dulu lagi?
K7L : Azmin dah siap pesan nak jadi MB kat orang Istana?..
0 ulasan:
Post a Comment