Haaaa! Ini ada satu cerita dari selatan tanah air yang kini sedang hangat dengan perebutan kerusi calon parlimen. Antara yang mengalami krisis dalaman ini adalah di parlimen P160 Johor Bahru.
Anwar telah menggunakan kuasa vetonya untuk menyusun calon-calon yang telah dia janjikan untuk mnjadi calon termasuk orang-orang rapatnya. Contoh di Johor Bahru, dengarnya calon yang diumumkan bukan menjadi pilihan orang-orang PKR JB tetapi kerana kerusi telah dijanjikan oleh Anwar, maka calon yang telah dirancang oleh Cabang PKR Johor Bahru ditolak.
Inilah calon Kg Dato' Sulaiman Menteri, Johor Bahru, Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat Jen (B) Tan Sri Mohd Hashim Hussein telah diumumkan sebagai calon PKR/PR Parlimen P160 Johor Bahru.
Siapa yang terasa hati dan mengamuk selepas pengumuman calon kerusi Parlimen Johor Bahru itu? Orang tersebut adalah orang kuat Wan Azizah iaitu Ketua Cabang Johor Bahru, Tan Poh Lai.
Sebelum ini Tan Poh Lai pernah membuat pengumuman bahawa dia merupakan calon terbaik di Johor Bahru selepas berpuas hati dengan kerja-kerja yang telah dibuat di kawasan JB.
Namun sejurus selepas dia mengetahui dia tidak menjadi calon ketika majlis pengumuman, dia dikatakan telah bersifat kurang ajar oleh orang-orang kuat Anwar kerana bangun dan meninggalkan majlis.
Keris ada bertanya dengan saudara yang berada di Johor, katanya Tan Poh Lai memang sangat kecewa dengan Anwar kerana dia telah berkhidmat untuk PKR Johor Bahru dan telah buat semua kerja.
Tahu-tahu yang bertanding orang lain yang menajdi pilihan Anwar pula. Hmmm nampaknya Anwar akan menghadapi masalah krisis dalaman lebih cepat sebelum pemilihan mereka yang popular dengan pergaduhan.
Inilah jadinya apabila Anwar kerap berjanji untuk memancing beberapa nama besar untuk masuk PKR. Sekarang dia sendiri akan tanggung akibatnya.
Berbeza dengan Barisan Nasional, tiada lagi timbul masalah pemilihan calon kerana calon yang dipilih adalah calon yang benar-benar sesuai untuk mewakili rakyat. Bukan atas sebab janji atau kerana kawan.
Presiden Barisan Nasional telah memilih berdasarkan kerja-kerja serta kegigihan mereka didalam melaksanakan tugas. Jangan samakan sistem dan car BN memilih calon kerana Presiden telus dalam pemilihan.
K7L : Kami Sokong Calon Najib Razak!
Macam ni lah juga terjadi di Parlimen Alor Star dan Parlimen Kuala Kedah.
ReplyDelete