05/04/2013

Siri 3 #CalonPKRosak - Sah PKR Parlimen P150 Batu Pahat Tolak Calon Pilihan Anwar Ibrahim!




Jeng Jeng Jeng..Alamak! Semakin hari semakin teruk perpecahan PKR berlaku di bumi selatan tanahair. PKR Johor sedang menghadapi satu krisis yang sangat kritikal dimana perpecahan berlaku semasa pengumuman pencalonan kerusi PKR.


Boleh baca kisah yang sama masalahnya iaitu calon Anwar yang mengenepikan calon pilihan  Cabang PKR setempat. [Ketua Cabang PKR Johor Bahru Mengamuk] dan [Ketua Cabang Johor Bahru Bertanding Tiket Bebas?]

Semuanya berpunca apabila campurtangan Anwar dalam meletakkan calon. Dia yang meletakkan calon-calon payung terjun di beberapa kawasan didapati atas dasar perjanjian dan kroni atau kawan lama.

Nama naib presiden NGO Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan bekas pemimpin Abim, Datuk Idris Jauzi dicalonkan di Batu Pahat. Membuatkan Syed Hamid Ali (Gambar bawah) selaku Ketua Cabang PKR Batu Pahat telah 'dianjingkan' dan diketepikan begitu sahaja.


Para penyokong Syed Hamid Ali telah berasa tidak puas hati. Syed Hamid merupakan adik kepada bekas timbalan presiden PKR Syed Husin Ali. Yang mana Syed Hamid Ali juga dikatakan telah terasa hati dengan Anwar.

Para penyokong Syed Hamid Ali telah mewujudkan Page Facebook menyokong Syed Hamid sebagai calon PKR di parlimen itu dan menolak calon "payung terjun" yang menjadi pilihan Anwar.




"Bertahun-tahun Pak Habib buat kerja, sekarang orang lain pula mahu kutip hasilnya. Calon 'payung terjun' ini ialah seorang "dato" yang mengaku dirinya sebagai calon PKR Parlimen Batu Pahat.


"Kononnya Syed Hamid Ali (Ketua Cabang PKR Batu Pahat) telah setuju beri laluan kepadanya! Satu lagi pembohongan!" 

Adehhhhh! Sekarang nak cakap macamana lagi? Dah nampak tak Anwar masuk campur dan gunakan kuasa diktaktornya untuk memastikan semua kroninya menjadi calon tanpa memikirkan perasaan ahli PKR setempat.

Inilah sifat Anwar yang baru menjadi Ketua Pembangkang dah mula catur kroni. Masih nak sokong dia?

K7L : Kami sokong Calon Najib Razak!..

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk