26/08/2012

Pemuda UMNO Malaysia Lesu? #Pemuda64



Hari ini merupakan ulangtahun yang ke-64 buat Pemuda UMNO Malaysia. Seringkali kita dengar bahawa Pemuda sudah tidak mempunyai taring, lesu,lembab, tak berfungsi dan macam-macam lagi benda yang tak pernahnya elok kalau berbicara tentang Pemuda UMNO.

Namun sejak 2 tahun kebelakangan ini, secara peribadi Keris dapat melihat keperkasaan Pemuda UMNO mula stabil dan momentum untuk menjadi 'garang' telah bangkit semula. Kini apabila bercakap tentang Pemuda UMNO Malaysia, orang muda sudah mula memandang tinggi. Keris masih lagi menantikan samada penubuhan semula Pemuda Tahan Lasak, Ginger Group dan Komando Pemuda sebagai pemangkin semangat dan kekuatan Pemuda kelak.

Malam nanti Keris terasa ingin menulis untuk beri pandangan peribadi terhadap beberapa bekas Ketua Pemuda. Keris coretkan dahulu sedikit sejarah Penubuhan Pemuda UMNO Malaysia :

Pemerintahan British di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua terbahagi kepada tiga corak pentadbiran iaitu Negeri-negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan) dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis).


Negeri-negeri Selat diperintah secara langsung oleh British melalui seorang Gabenor British dan tarafnya adalah sebagai tanah jajahan British. Pentadbiran British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu terletak di bawah seorang Pesuruhjaya British yang berpusat di Kuala Lumpur dan di setiap negeri tersebut dilantik seorang Residen British. Di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pula, pihak British telah melantik seorang wakilnya yang dipanggil Penasihat British.

Kedatangan semula pihak British ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua telah membawa satu corak pemerintahan baru yang bertujuan untuk menyatukan semua negeri-negeri Melayu kecuali Singapura di bawah satu pemerintahan pusat yang diperintah terus oleh seorang Gabenor British. Gagasan Pentadbiran baru yang dirancang oleh pihak British itu dinamakan Malayan Union. Gagasan ini telah dirancang sebelum Perang Dunia Kedua lagi.

Bagi menjayakan gagasan tersebut sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Sir Edward Gent' telah diarahkan oleh pihak British untuk membentuk dasar-dasar yang akan dilaksanakan di Tanah Melayu apabila pihak British kembali semula. Jawatankuasa tersebut telah merangka satu dasar yang telah dipersetujui oleh kerajaan British untuk dilaksanakan. Antara rangka-rangka utama yang dibuat oleh Jawatankuasa tersebut adalah:

1. Sebuah kesatuan bernama Malayan Union untuk keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu termasuk
Melaka dan Pulau Pinang.
2. Kerajaan berasingan bagi Singapura.
3. Seorang Gabenor-Jeneral bagi kedua-dua Malayan Union dan Singapura.
4. Kewarganegaraan serupa bagi kedua-dua Malayan Union dan Singapura.

Di dalam rancangan Malayan Union, Singapura akan dipisahkan pentadbirannya daripada negeri-negeri Tanah Melayu yang lain. Alasan pihak British untuk mengasingkan Singapura ini adalah disebabkan kedudukan Singapura sebagai pusat perniagaan seberang laut yang maju dan merupakan sebuah bandar yang besar serta mempunyai penduduk Cina yang ramai. Keadaan ini berlainan dengan negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Walau apa pun alasan yang diberikan oleh pihak British, apa yang nyata ialah Singapura mempunyai kedudukan ekonomi yang baik dan menguntungkan British. British bertanggapan adalah amat merugikan untuk menyatukan Singapura dengan negeri-negeri lain di Tanah Melayu.

Antara perkara-perkara utama yang menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu melalui rancangan Malayan Union ialah mengenai hak keistimewaan orang-orang Melayu serta penukaran taraf Negeri-negeri Melayu. Apa yang menimbulkan kontroversi itu ialah penukaran dari negeri-negeri naungan British sebelum ini kepada negeri-negeri jajahan British. Melalui rancangan ini semua anggota Majlis yang ada dalam rancangan Malayan Union hendaklah menyatakan taat setianya kepada Ratu Inggeris dan bukan lagi kepada raja-raja Melayu.

Malayan Union akan diperintah oleh seorang Gabenor dengan Majlis Mesyuarat Kerja (Executive Committee) dan sebuah Majlis Mesyuarat Negeri. Melalui rancangan ini, Gabenor mempunyai kuasa yang besar dan kuasa muktamad terhadap sesuatu hal pentadbiran di Tanah Melayu dan Singapura. Kuasa yang ada pada Gabenor ini adalah lebih besar daripada kuasa Raja-raja Melayu itu sendiri.

Mengenai kerakyatan, mereka yang berhak adalah terdiri daripada mereka yang dilahirkan di dalam negeri-negeri Malayan Union dan Singapura. Rakyat yang telah bermastautin di kedua-dua negeri tersebut juga layak untuk mendapat hak kerakyatan dengan syarat mereka telah menetap di Tanah Melayu atau Singapura selama 10 tahun daripada 15 tahun masa penjajahan British, tidak termasuk masa penjajahan Jepun.

Kerajaan British terpaksa mendapatkan tandatangan daripada Raja-raja Melayu sebagai persetujuan dan sokongan terhadap rancangan ini. Melalui Setiausaha Tanah Jajahan, Kerajaan Bersekutu telah menghantar Sir Harold Mac Michael untuk melaksanakan tugas mendapatkan tandatangan tersebut.

Dengan kepintaran melakukan tipu helah dan membuat ugutan-ugutan kepada beberapa orang Raja-raja Melayu, akhirnya Mac Michael telah berjaya mendapatkan kesemua tandatangan Raja-raja Melayu pada 2 Disember 1945. Walaupun pihak Raja-raja Melayu keberatan untuk menandatangani perjanjian tersebut tetapi mereka terpaksa menurut demi untuk menjaga kepentingan mereka. Mac Michael telah mengugut akan menurunkan takhta Raja-raja Melayu yang enggan menandatangani perjanjian tersebut dan menggantikan mereka dengan kerabat di raja yang bersetuju untuk menurunkan tandatangan mereka.

K7L : Aku bangga aku salah seorang daripada Pemuda UMNO Malaysia!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk