16/08/2012

Apakah Wanita Ini Pembocor Maklumat Kerajaan Upahan Rafizi?


Tahniah kepada rakan blogger Gossip Rakyat yang berjaya mendedahkan parasit pembangkang yang tidak malu membocorkan maklumat kerajaan. Memang tidak bertanggungjawab. Keris mohon kementerian mahupun pihak-pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk menyiasat kes ini. Keris yakin bukan seorang sahaja yang berbuat demikian, ia pasti dibuat secara berkumpulan. Ikuti pendedahan blogger GR tentang kes tersebut :


Akhirnya, Musang berbulu ayam yang selama ini menjadi tali barut Pakatan Haprak dalam Kementerian Kewangan kerana mendedahkan maklumat sulit kerajaan berhubung projek LRT Ampang selama ini berjaya DIBOGELKAN.

Individu tersebut bukannya lelaki, tetapi perempuan. Berapa agaknya jumlah sogokan yang diterima oleh perempuan ini dari Rafizi dengan menyalurkan maklumat rahsia Kerajaan kepada Pembangkang. Tak mungkin, perempuan ini melakukan perbuatan tersebut ikhlas kerana Allah Ta'ala sedangkan dia sendiri tahu 'malapetaka' yang bakal menimpa dirinya apabila KANTOI dan DIBOGELKAN nanti.

Di bawah ini, GR lampirkan sedikit maklumat mengenai dalang yang selama ini menjadi duri dalam daging di dalam Kementerian Kewangan sehingga menyebabkan Pakatan Haprak membuat tuduhan salah terhadap Kerajaan dalam isu projek pembinaan LRT Ampang.

Nama individu terbabit Dato' Fauziah Yaacob, Setiausaha Bahagian Perolehan, Kementerian Kewangan yang duduk dalam Tender Board.

Dia yang berdegil mahu memberikan projek tersebut kepada Ingress, syarikat kroni Anwar Ibrahim dan JV partner, Balfour Beatty yang angkuh tak mahu tolak ansur.

Pihak Kementerian yang terlibat perlu mengenakan tidakkan tegas terhadap dalang-dalang yang menjadi tali barut Pakatan Haprak dalam Kerajaan seperti perempuan ini agar ia dapat memberi amaran kepada musang-musang Pembangkang yang masih lagi bersarang dalam Kerajaan agar tidak sewenang-wenangnya mendedahkan maklumat sulit Kerajaan.

K7L : mesti ada ramai ni!...jangan simpan banyak-banyak!!!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk