20/08/2012

Himpunan Fatwa Songsang Nik Aziz Yang Dikitabkan PAS! Final Part



24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3,000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” –Harakah, 22 Feb 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ –Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – 12 Mei 1999

28. "Kepercayaan manusia kepada kiamat menyebabkan seganas-ganas manusia akan jadi ganas. Kerana dia yakin walau bagaimana ganasnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepan dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir Akulah orangnya sombong, tak dengar kata orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun ada di aku, handalan pun ada di aku, sombong pun di aku. Kalau samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu sombong aku lebih sombong. Percayaan kita manusia kepada akidah nilah, akidah akhirat kita panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – 12 Ogos 2009.

31. “Nabi Muhammad waktu dia beranak tu serupa dengan Mat-Mat lain di kampung juga. Mat anak kita, mat budak kampung dengan mat tanah Arab sama saja. ”.- Kota Bharu, Kelantan Feb. 2012

K7L : Puak PAS diwajibkan hafal supaya terus sesat?..gilo...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk