01/08/2012

Nota Sejarah Hina Islam - Pemuda Ledang Mengamuk!






Satu laporan bantahan telah dilakukan di balai polis Ledang, Johor dibuat oleh Biro Agama Islam Pergerakan Pemuda UMNO Ledang terhadap salah satu karikatur-karikatur yang menghina sahabat Rasullulah melalui keratan nota berkenaan sejarah sepertimana yang telah disiarkan oleh salah sebuah akhbar keluaran 29/07/2012 yang lepas. 

Mereka yang hadir ke balai polis adalah Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Ledang. Saudara Muhamad Md Som, Bendahari Unit Pidato Pemuda BN, Saudara Abdel Rahim S.Garieb Dan Pegawai Jasa Ledang, Saudara Zamri Md Raya.

Mereka yang membawa suara Pemuda UMNO Ledang berharap kejadian biadap ini tidak akan berulang lagi dan pihak yang terlibat dalam membuat perkara tersebut disiasat dan dihukum. Ia sejajar dengan keharmonian rakyat Malaysia yang menerima Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.





Keris ulas sedikit berkenaan isu ini. Pertama sekali kita dapat lihat sudah terdapat golongan ekstremis penentang Islam di Malaysia telah wujud dengan meniru skil dan modus operandi penulis karikatur Denmark. Kedua mereka yang terlibat ini sebenarnya tergolong dalam golongan yang tidak dapat menerima konsep 1 Malaysia yang mewujudkan keharmonian diantara kaum dan agama. 

Keharmonian yang cuba dipupuk dan disemai sejak dahulu lagi di Malaysia seakan cuba dimusnahkan dengan melakukan perkara-perkara sebegini. Ketiganya mereka seakan mahu menimbulkan kebencian masyarakat Islam/Melayu kepada orang Buddhist/Cina. Kalau kita lihat semula keratan-keratan nota sejarah itu, elemen Buddha sengaja dimasukkan dalam keadaan menghina sahabat-sahabat Rasulullah.

Keris agak berhati-hati dalam mengulas isu ini kerana objektif tersirat yang Keris baca adalah mereka mahu merosakkan hubungan baik orang Cina dengan orang Melayu. Di Johor kiranya amat terkenal dengan sifat mesra antara kaum yang tinggi. Dengan harapan orang Melayu marah dan menyalahkan orang Cina dan mereka pasti masyarakat Cina juga tidak akan berdiam diri jika diserang maka perbalahan antara kaum akan berlaku.

Akhir kata daripada Keris, ayuh bangkit Pemuda UMNO Malaysia, jadilah Singa seperti dahulu agar tiada pihak yang berani melakukan perkara sebegitu. Jangan babitkan masyarakat Cina dalam hal ini kerana ia nampak sangat mahu merosakkan hubungan Cina-Melayu yang semakin kuat menyokong Barisan Nasional. Hati-hati dengan objektif tersirat dan jangan kita termakan dengan hasutan yang boleh merosakkan negara kita.

K7L : Ayuh Pemuda Bangkit Berwibawa!!!...


3 ulasan:

  1. apsal tak ngamuk atau buat laporan polis bila DS Chua Soi Lek kata YB Atub (Kemelah) hilang akal bila mencadangkan Hudud dilaksanakan di Johor?

    Guru tu dah pun minta maaf dan disiarkan di Metro.

    Chua Soi Lek masih tak minta maaf pun.

    Bersikap adillah bila menghukum dan pertahankan Islam secara syumul

    ReplyDelete
  2. bukan dilukis tapi disalin daripada buku.

    ReplyDelete
  3. Brader,

    Dulu kes Denmark bukan main lagi berprotes. Ada yang nak mati syahid. Ini kes dekat batang hidung, setakat report polis dan kemudian buat siaran akhbar menerima maaf Cina tu.

    Apa barang brader..mana semangat pemuda yang mempertahankan agama? nampak gayanya undi lebih penting ni!!!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk