06/08/2012

Yayasan Pun Takde Duit - Khalid Korek Duit Mana Tok Bayar Dosa Pembangkang?



Inilah dia muka si penipu yang terus menerus menipu rakyat Selangor. Guna duit kerajaan negeri untuk bela pemimpin mereka yang salah. Itu tidak termasuk lagi pembohongannya terhadap kewujudan Geran Selangorku RM300 juta, TalamGate, PTPTN-Unisel dan banyak lagi.

Tapi hari ini Keris nak cerita pasal mengapa rakyat Selangor perlu tahu tentang isu Rafizi yang dikupas oleh rakan blogger Salah Addin. Rafizi yang entah kenapa dibela sangat oleh Khalid Ibrahim? Ikuti dahulu apa Salah kata sebelum Keris tambah.

1. Merujuk kepada artikel daripada KeadilanDaily berkenaan kenyataan TS Khalid yang menyatakan bahawa Kerajaan Selangor akan menanggung kos guaman Rafizi jelas menunjukkan ketidak tanggung jawaban Kerajaan PKR Selangor.

2. Persoalan yang ingin dikemukakan adalah mengapa rakyat perlu menanggung kos tersebut walhal usaha Rafizi yang kononnya untuk mendedahkan skandal NFC itu bukanlah satu pembelaan terhadap rakyat tetapi adalah untuk mendapat political mileage.

3. Dan Rafizi sendiri mengaku bahawa memang benar beliau menyangkakan bahawa ini akan berlaku. (beliau ditangkap)

4. Mengapa atas dasar sangkaan Rafizi, beliau tidak menyediakan dana yang sepatutnya sebelum membawa kes NFC?

5. Mengapa atas ketika Rafizi sebenarnya sudahpun bersedia untuk didakwa, beliau masih lagi mahu mengharapkan untuk mendapat simpati dan duit rakyat?

6. Sememangnya Rafizi ingin dirinya didakwa kerana sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh Rafizi adalah untuk memenuhkan 'war chest' beliau untuk menghadapi PRU kelak.

7. Sejumlah wang yang kononnya akan dibayar oleh Kerajaan Selangor kepada guaman Rafizi akan disalurkan kepada 'war chest' tersebut. Peguam-peguam beliau pula bersedia untuk berpakat bersama-sama.

8. Kemudian, beliau minta lagi derma daripada orang ramai melalui sms, twitter dan facebook yang mula dipromosikan seawal pagi tadi. Betapa banyak wang-wang yang tidak diaudit ini masuk dengan berduyun-duyun ke dalam poket Rafizi.

9. Keduanya, adakah perlu rakyat menanggung bebanan kos terhadap seorang individu yang sebenarnya berjuangkan karier politik beliau sahaja.

10. Rafizi bukanlah seorang Ahli Parlimen, ataupun Ahli DUN di Selangor. Beliau juga telahpun meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Maka atas kapasiti apa, beliau layak untuk mendapatkan peruntukan untuk kos guaman beliau?

11. Wang tersebut boleh sahaja diberikan satu atau dua lagi biasiswa kepada anak negeri Selangor melalui Yayasan Selangor.

12. Yayasan Selangor pun mengadu tidak ada duit, manakan tidak kerana wang Kerajaan Selangor dibelanjakan untuk tujuan yang tidak ada faedahnya.

Persoalan yang Keris mahu timbulkan adalah mengapa beria-ia Rafizi dibela oleh Kerajaan Negeri Selangor dan kedua mengapa Faekah Husin masih ada di pejabat kerajaan negeri Selangor?

K7L : I smell something fishy?..

2 ulasan:

  1. 2lah semua sama je klu diaorg memerintah..tapi BN sekarang lebih baik sikit dari diaorg..sebab negara aman dan damai

    ReplyDelete
  2. macamana nak lawan Israel kalau macam ni punya banyak masalah dalaman ...dah la ramai yang tak solat penuh ..ramai pulak yg dok maki hamun sana sini ...

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk