Alhamdulillah akhirnya pertemuan mereka telah lama mahu dibuat kini ianya telah terlaksana. Terima kasih Abu Aqif kerana sudi menjemput kami semua ke majlis Iftar ILMU. Semalam juga ibarat sudah termeterai satu ikatan sillaturrahim yang lebih akrab diantara UMB-ILMU sekaligus akan menggentarkan lagi puak-puak PAS. Ada berani nak cerita merepek pasal agama dan politik tak puak PAS?
Unit Media Baru Pemuda UMNO Malaysia hari ini turut memeriahkan Majlis Iftar & Ta'aruf anjuran Seketeriat Ilmuwan Islam (ILMU) yang diadakan di Shah Alam petang tadi.
Majlis anjuran para ulama muda yang diadakan di Seksyen 2, Shah Alam tadi turut mengadakan solat Maghrib dan Terawikh secara berjemaah bersama para pengamal media baru dan para bloggers yang hadir bagi mengukuhkan lagi ikatan ukhwah sesama Islam.
Selain Pengerusi Unit Media Baru Tun Faisal Ismail Aziz bersama 20 orang bloggers yang bernaung di bawah UMB, majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri MITI Datuk Mukhriz Mahathir.
Dari Putrajaya-Online [PjO]
SHAH ALAM - CEO Sekretariat Ilmuan Malaysia (ILMU), Ustaz Fathul Bari menjelaskan setiap individu mempunyai peranan masing-masing dalam menyebarkan dakwah atas asas Islam semata-mata, tanpa sebarang kepentingan lain.
"Ahli Sunnah Wal-Jamaah, tidak kira dalam apapun ideologi parti harus bersama dengan pemimpin membantu dalam hal-hal maaruf dan menegur sebarang kemungkaran, bukan menentang dengan caci-maki," ulas Ustaz Fathul Bari dalam satu tazkirah ringkas sebelum majlis iftar dan ta'aruf anjuran ILMU di Seksyen 2, Shah Alam petang tadi.
Majlis yang turut dihadiri oleh para pengamal media baru dan bloggers dari Unit Media Baru Pemuda UMNO itu turut mengadakan solat terawikh secara berjemaah bagi mengukuhkan lagi ukhwah dan perpaduan di antara bloggers dengan para ilmuwan muda dari ILMU.
Ustaz Fathul Bari juga menyatakan golongan blogger turut berperanan dalam menyebarkan kebenaran melalui laman internet.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Menteri MITI, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Unit Media Baru (UMB-PPUM), Tun Faisal Ismail Aziz. - RR/PjO
K7L : Sedap capati semalam!.. Alhamdulillah..
sekadar pandangan...
ReplyDeleteSebagaimana yang penulis kemukakan di dalam blog penulis nasirwise.blogspot.com, penulis ada mencadangkan beberapa pembaikan atau penambahan kepada media baru BN/UMNO. Jikalau penulis membaca Malaysian Insider, Malaysiakini, Sinar Harian dan blog PR, peranan UMB belum cukup. Pertama, bilangan ahli pengulas mesti ditambah dan beri penekanan ahli yang fasih berbahasa Inggeris. Hampir 90 peratus komen komen di dalam blog2 di atas tidak berjawab. UMB mesti memberi maklumbalas segera. Segala tohmohan jika tidak dijawab, dianggap tohmahan yang betul. Penulis cadang cari yang pandai menulis Bahasa Inggeris manakala input input boleh diberikan oleh mentornya. Jangka panjang pengulas ini haraus menulis mengikut pandangannya. Penulis rasa penekanan serangan balas pada blog pembangkang dan bukan menulis blog untuk pro BN. Bagaimana nak menarik penyokong PR ke khemah BN jikalau kita tidak ada engagement dengan pengulas dan penyokong PR?
Penulis pernah mencadangkan BN/UMNO perlu berceramah dan berdebat di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah untuk membentangkan hujah hujah isu semasa seperti royalti minyak, krisis air, masalah KUIN dan UBISEL, perumahan kos rendah dan sebagainya. Penceramah harus dilengkapi dengan permasalahannya dan cara BN menyelesaikan. Contohnya Ustaz Fathul Bari yang diberi topik `Orang Muda pilih siapa di Kelantan baru baru ini. Beliau telah dihujani dengan soalan royalti minyak dan sebab itu beliau terpaksa skip soalan itu. UMNO tidak dapat mengambil kesempatan untuk menerangkan sedikit maslah royalti tersebut dan sebab menyebab Kelatan tidak layak menerima royalti tersebut. Ini peluang keemasan untuk menerangkan isu sebenar kepada penyokong PAS kerana mereka mengharamkan membaca Utusan Malaysia. Tun Faisal dan UMNO mesti feed info isu semasa pada Ustaz Fathul Bari. Begitu juga apabila Khairy berdebat di Kelantan. Beberapa isu agama dan ketuanan Melayu menurut pandangan Islam dan sebagainya perlu dipanjangkan kepada Khairy supaya jika ada soalan yang berkaitan denganisu tersebut, Khairy mudah mematahkan hujah PR.
BN/UMNO perlu ada koodinasi dalam menghadapi PR. Mereka perlu adakan `usrah' isu semasa dokalangan mereka, membahaskan isu isu besar diperingkat nasional dan negeri. BN/UMNO mesti ada blogger untuk senantiasa mengikuti lawannya. Dalam bola sepak, ia seperti `marking'. BN/UMNO mesti bawa sama `cheer leader' (tidak semestinya wanita) untuk membuat bising, tepuk tangan apabila penceramah BN/UMNO berceramah.
Banyak lagi persiapan yang diperlukan dan saya akan beri cadangan di dalam blog penulis.
ikhlas dari
nasirwise.blogspot.com