Satu kupasan yang menarik daripada Green Hood di Kritis Online berkenaisu BAFIA-Rafizi-Joe. Agak lama menyepi daripada menulis dengan serius kali ini kupasannya membuatkan Keris sendiri tak tahu nak letak pendapat dalam entri ini. Siapa yang tidak faham isu BAFIA ini mungkin boleh faham jika diberi penerangan mudah. Mari kita baca apa yang ditintakan oleh beliau :
Saya rasa, apabila penulis besar maya seperti BigDog, Unspinners, Apa Nama dan beberapa yang lain memainkan isu BAFIA sewaktu 'skandal NFC' mula-mula didedahkan oleh Rafizi dan Zuraidah, ia mungkin tidak mendatangkan kegerunan kepada 'si pembongkar' skandal-skandal pemimpin Barisan Nasional (BN) sebaliknya keghairahan untuk 'membogelkan' salah laku atau kepincangan pemimpin kerajaan BN lebih menguasai mereka.
Keghairahan
Bertambah asyik apabila 'cybertroopers' pakatan menyahut pembongkaran skandal NFC dan menjadikan ia suatu 'tsunami' besar bagi menjahanamkan reputasi Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Bagaimana perolehan maklumat sulit terutama perakaunan syarikat NFC yang hanya boleh diakses sama ada dari dalam syarikat tersebut atau pemegang amanah yang lain termasuk bank, external auditor dan akauntan, peguam mahu pun bank, sudah tidak dipedulikan kerana peperangan yang dibawa oleh Rafizi selaku Pengarah Strategik PKR bukanlah peperangan kepentingan awam seperti salah laku dan rasuah, sebaliknya peperangan yang dicetuskan adalah peperangan politik bagi memburukkan reputasi musuh politiknya dalam konteks ini BN dan pemimpin-pemimpin BN.
Nawaitu utamanya mudah. Ini akan memberikan kelebihan kepada mereka dalam proses membuang undi pada pilihanraya ke-13 (PRU 13) nanti. Niat untuk membersihkan sistem korupsi jatuh pada tangga kedua.
Pendedahan maklumat sulit
Sebab itu, mereka mendedahkan maklumat perakaunan serta sumber perolehannya tanpa sedar bahawa perkara itu sendiri menyalahi undang-undang tertentu seperti akta BAFIA.
Bagaimana Rafizi 'solicit' Johari, seorang pekerja Public Bank hingga Johari sanggup mengenepikan kod etika yang tersemat pada dirinya selaku pemegang amanah kepada pihak awam yang menjadi pelanggan kepada majikannya turut menjadi tanda soal.
Ignorantia juris non excusat
Acapkali kita mendengar, bahawa 'matlamat tidak menghalalkan cara'.
Begitu juga dalam perundangan, ada maxim yang menyebut bahawa 'ignorance of law is not an excuse' yakni walau tiada niat untuk menyalahi undang-undang mahu pun punyai niat yang murni tetapi menyalahi undang-undang, ianya tetap “melanggari dan menyalahi undang-undang”.
Ilustrasi terbaik adalah hikayat yang diambil dari negara Eropah, bagaimana “Robin Hood the prince of thieves”, seorang pencuri yang mencuri bagi memberikan hasil curiannya kepada penduduk kampung yang miskin tetap dianggap oleh raja England sebagai pencuri.
Setuju tetapi tidak sokong
Secara peribadi, saya turut bersetuju pembongkaran salah laku pemimpin 'wajib' dilakukan demi menyelamatkan rakyat dan negara dari pemimpin yang korup dan tidak amanah. Seperti juga dalam skandal NFC.
Tetapi gerak kerja yang dilakukan oleh Rafizi tidak berapa bijak kerana ia melibatkan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang. Rafizi sebagai pengarah strategi sewajarnya merangka gerak kerja yang lebih kemas dan teratur tanpa memerlukan beliau melanggari undang-undang.
Saya kira, tanpa perlu 'solicit' pihak tertentu yang terikat dengan kod etika dan perundangan tertentu, beliau (Rafizi) sudah punyai ‘substances’ yang kuat dengan menunjukkan harta-harta yang dipunyai atau dibeli oleh NFC dan ‘kemewahan luar biasa’ yang ditunjukkan oleh pihak-pihak yang terlibat di dalam NFC. Tidak perlulah beliau melanggar undang-undang dengan memujuk pegawai bank menyalurkan data perakaunan termasuk penyata kewangan kad kredit yang dipunyai oleh pihak-pihak tertentu.
Pertikaian politik bukan pertikaian undang-undang
Baru sebentar tadi, saya membaca blog Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memuatkan artikel berkenaan suara anaknya, Nurul Izzah tentang Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (WBPA).
Dengan jelas, beliau mempertikaikan kewujudan namun ketidak-pemakaian WBPA dalam kes Rafizi dan Johari menjadi satu tanda soal yang besar (a big question mark).
Ujarnya, ia (WBPA) wajar diterima pakai oleh kedua-dua OKT sebagai pelindung dalam menyampaikan maklumat yang boleh mensabitkan pertuduhan kepada pihak yang diberikan maklumat tentangnya.
Sekali lagi saya berpendapat, bahawa percanggahan dua undang-undang adalah perkara yang melibatkan sistem yang perlu didengar dan diputuskan oleh mahkamah terlebih dahulu.
Memberikan pendapat awal oleh Nurul Izzah merupakan satu yang subjudis dan mendahului mahkamah.
Namun, sebagaimana awalan tulisan saya di atas, tindakan ini amat difahami dengan jelas.
Subjudis dan hukuman politik
Sama ada Nurul Izzah yang bersuara mempertikaikan WBPA demi kepentingan Rafizi, mahu pun Rafizi yang mendedahkan dokumen-dokumen yang difailkan sulit dan terlindung di bawah BAFIA; kedua-dua mereka adalah didorong oleh objektif politik (driven by political objective) dan motif mereka amat mudah dikenal pasti.
Jika bukan kerana politik, Rafizi mahu pun Johari sudah pasti secara 'discreet' menuju ke SPRM atau PDRM dan memohon WBPA untuk menyampaikan maklumat penting tentang salah laku mahu pun korupsi yang difikirkan berlaku dalam skandal NFC dan membiarkan pihak-pihak berkewajiban melaksanakan tugasnya; bukan memanggil sidang akhbar dan menjatuhkan 'hukuman politik' terlebih dahulu sebelum siasatan dilakukan dan pertuduhan dijatuhkan kepada suspek melangkaui kuasa SPRM, PDRM mahu pun peguam negara. Jauh lagi dari menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan yang dipertuduhkan hingga melangkaui bidangkuasa mahkamah.

K7L : Ini semua konspirasi Green Hood?..haha!
0 ulasan:
Post a Comment