05/10/2011

Sekolah Cina Di Kelantan Bakal Disaman? Apa Kata Namewee & DAP?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t





Pemuda MCA akan menubuhkan satu pasukan yang sah disisi undang-undang bagi mempertahankan SJKC Kai Chih di Pasir Puteh, Kelantan, jika sekolah itu dibawa ke mahkamah kerana mengadakan sambutan 'Mid-Autumn' iaitu pesta tanglung di kawasan sekolah tanpa permit.

Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, 
Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh   telah mengeluarkan notis ke sekolah tersebut pada 18 September 2011. Pihak sekolah itu diberikan masa selama tiga hari untuk memberi surat tunjuk sebab.


Kesalahan itu yang mungkin didakwa di bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 yang mana jika disabitkan kesalahan ia membawa kepada hukuman denda maksimum RM20,000, penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Seperti yang dijelaskan kepada Keris, Sekolah tersebut hanya mengadakan sambutan perayaan budaya cina iaitu 'Pesta Tanglung' pada 15 September 2011.Dr Wee yang juga menjawat Timbalan Menteri Pelajaran, berkata sambutan itu bukan satu hiburan maka ia tidak relevan disaman oleh pihak PTJPP.

Dari sudut Kerajaan Negeri Kelantan, Setiausaha PAS Kelantan Takiyuddin Hassan berkata ia tertakluk di bawah Enakmen Hiburan negeri 1998, tiada sebarang bentuk hiburan yang dibenarkan pada setiap petang Khamis sebagai tanda menghormati waktu Solat Jumaat. 


Keris pun hairan, apa kena mengena mereka sambut 'Pesta Tanglung' di malam hari yang habis sebelum pukul 12 malam dengan Solat Jumaat? Sudahlah ianya disambut di kawasan sekolah jenis cina, bukannya di hadapan surau atau masjid. Saling tolak ansurlah, kita 1Malaysia kan?

Nak tanya juga, Namewee tak mahu buat lagu rap kutuk kerajaan negeri Kelantan ke? DAP  tak bersuara pulak atau takut kepada PAS Kelantan? Jawab jangan tak jawab!


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Namewee..buat la algu..aku nak tengok ko berani ke tak kutuk PAS Kelantan..haha..

7 ulasan:

  1. Pesta Tanglung kat Kelantan tu kebanyakan org Melayu Kelantan nak join skali kot?? Leh pakai tanglung sambil berpesta, mgkn itu definasi 'hiburan' di sane rasenye....

    Kah kah kah kah kah

    ReplyDelete
  2. WAHAI BARUA
    KAO SOKONG SIAPA CINA KE MELAYU?
    JAWABLAH KLU BERANi

    ReplyDelete
  3. Blogger ni nampak mamai sikit. Dia benci sangat dekat Pas sampai tak sedar apa yang dia tulis. Ini jenis melayu murtad punya (bukan murtad agama tapi murtad bangsa).

    ReplyDelete
  4. Ana cadangkan Wee Kah Siong jumpa Najib minta tolong. Kalau Najib tak boleh tolong gertak dia macam ni "lu mau ka tak mau jadi PM lagi selepas PRU 13 nanti ". Orang cina punya pasal Najib sanggup buat apa saja.

    Kepada Wee Kah Siong ana nak bagi tahu. Lu tak payah buang wang pasang loyar lah. Ini kecil punya hal saja apa. Itu Najib boleh kasi selesai apa.

    ReplyDelete
  5. Kelakarlah pulak aku baca pencacai PR ni komen..haha..takpe Bro K7L..aku taw n faham apa yg cube ko sampaikan..pedulikan setan2 ni..dorg bukan phm sgt pun..hahaha.. kita melayu yg hormat budaya..baru 1Malaysia!

    ReplyDelete
  6. Tokong 20 tingkat boleh terpacak,main tangklung tak boleh ,,, apa la punya barghal ????

    ReplyDelete
  7. Dalam mencari identiti diri kadangkala kita tersisih jauh dalam realiti sebenar.Sebagai pelapor atau blogger kita sememangnya berada dalam liputan yang diterima. Bukan Melayu murtad mahupun penyokong bangsa Cina. Jika sesuatu yang janggal maka komen dan teguran perlu diketengahkan maka kenapa begitu emosi dalam menyampaikan pandangan.

    Jangan terbawa jauh dengan rasa diri yang terbaik. Lihatlah juga cara kelemahan diri bertindak dan cara yang tidak hikmah. Apa lagi jika diri kita dikatakan lebih Islamik dari orang lain maka gunakanlah jalan penyelesaian yang terbaik agar fokus semua orang tidak beranggapan lain .......walahualam

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk