14/10/2011

Mata Pelajaran Pendidikan Islam Mansuh Jika PR Memerintah?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t




Dipetik daripada UtaraNews


Jangan terkejut jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kerajaan, perkara pertama yang akan dilakukan ialah menghapuskan matapelajaran Pendidikan Islam daripada semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Inilah dakwaan yang dibuat oleh seorang bekas pemimpin DAP Pulau Pinang kepada wakil Utaranews yang menemui beliau semalam.

Menurut bekas pemimpin DAP yang tidak mahu namanya disiarkan ini, sudah ada persetujuan untuk menghapuskan matapelajaran tersebut sebaik sahaja Pakatan Rakyat dapat menubuhkan kerajaan selepas PRU13 nanti.

Sekiranya matapelajaran Pendidikan Islam tidak dihapuskan dari sistem pembelajaran di sekolah rendah dan menengah, matapelajaran agama kaum lain haruslah diserap masuk ke modul pembelajaran sebagai balasan bagi menjamin hak kesamarataan kaum.
Beliau juga mendakwa, satu mesyuarat tertutup telah diadakan dan Ketua Umum Pakatan Rakyat juga telah menyatakan persetujuan dengan cadangan tersebut. Malah, beliau dikatakan bersedia untuk menukar modul pendidikan negara yang digunapakai sekarang ini kepada rangka modul yang bersesuaian dengan acuan Pakatan Rakyat jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.

Melihat kepada sistem pembelajaran yang ada sekarang, Pendidikan Islam merupakan satu subjek Teras yang wajib diajar kepada semua pelajar Islam di sekolah rendah serta menengah seluruh negara. Bahkan, jika di sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil terdapat pelajar Islam walaupun seorang, maka ustaz atau ustazah akan disediakan dan pembelajaran agama tetap berjalan.

Jika benarlah seperti apa yang didakwa oleh bekas pemimpin kanan DAP tersebut, ianya merupakan satu perkara yang amat mengejutkan. Islam merupakan agama rasmi di negara ini dan kesuciannya haruslah dipertahankan walau dengan apa cara sekalipun.


Adakah ini yang anda semua mahu? Perkara ini tidak mustahil berlaku memandangkan apa yang telah berlaku di Selangor! Pusat maksiat berleluasa dan penjualan arak juga bebas. Mereka mahu rosakkan anak bangsa kita! Jangan biarkan diri anda terjerumus menyembah DAP!

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Cerita pasal arak..ada lagi yang akan didedahkan..tunggu.........

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk