10/10/2011

Misi 510 Bukan Misi Mustahil!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalmualaikum w.b.t


Ketika majlis tamat semalam daripada Majlis Penerangan BN Peringkat Wilayah Persekutuan semalam (Klik Sini), Keris membuat keputusan untuk berjalan-jalan dahulu sebelum balik kerana orang ramai berpusu-pusu memenuhi setiap ruang tangga dan 'escalator' untuk pulang. 

Sedang memerhati keadaan sekeliling, Keris menjadi tertarik melihat sekumpulan manusia yang memakai baju berwarna biru dengan cop slogan 'Misi 510' di belakang baju mereka.




Kerana perasaan ingin tahu apakah maksud slogan itu, Keris menerjah dua orang penyarung baju tersebut yang sedang berbual sesama mereka. Nasib menyebelahi Keris kerana orang yang Keris terjah itu adalah Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Parti Progresif Rakyat, J.K.Mahendran bersama rakannya.

Cuba merungkai dengan lebih lanjut maksud 'Misi 510', penerangan ringkas daripada beliau diberikan kepada Keris iaitu," Misi 510 sebenarnya adalah satu misi bagi PPP dalam menyasarkan pendaftaran pengundi dan ahli parti baru terutama daripada golongan bawah 40 tahun dengan bilangan minima 510 orang bagi setiap cawangan".

Kini terdapat lebih kurang 4200 cawangan PPP di seluruh Malaysia dan Keris berharap mereka bekerja keras didalam menjayakan misi tersebut. Satu usaha yang baik di dalam membantu Barisan Nasional untuk PRU13 yang akan datang disamping mengukuhkan kedudukan serta perpaduan di dalam parti PPP itu sendiri.

Terima kasih Bro J.K.Mahendran kerana 'sporting' dan sudi menjawab soalan-soalan Keris. 


Semoga Berjaya Dalam Berjuang!


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Melihat akan semangat serta perpaduan BN di PWTC..PR harus berasa goyang..haha..Hidup UMNO! Hidup Barisan Nasional!

2 ulasan:

  1. APA BUKTI PPP TELAH MEMBANTU BN MENANG DALAM PRU BRO?

    ReplyDelete
  2. Kami di PPP membantu dari dalam..tuan harus lihat dan hargai perjuangan setiap parti komponen..sy memuji sikap penulis yang tidak berat sebelah dalam menyampaikan laporan..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk