22/10/2011

#HIMPUN : 3 Perhimpunan Dalam Minggu Ini, Yang Mana Kau Pilih?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t

Dalam minggu ini sahaja, Malaysia telah disajikan dengan 3 perhimpunan dimana dua daripada himpunan itu lebih terarah kepada demonstrasi. Maka Keris beri sedikit maklumat yang berjaya diperolehi dan mahu pembaca menilai diantara tiga perhimpunan ini, mana satu yang baik dan boleh pembaca pilih.

Perhimpunan Pertam
a : NGO & Rakyat P.Pinang vs DAP & SPICE



Pada awalannya ia cuma satu perhimpunan biasa sebelum ia berubah menjadi demonstrasi akibat tidak dapat mengawal rasa amarah kepada rejim DAP di Pulau Pinang.

Bantahan yang disertai oleh beberapa NGO dan rakyat Pulau Pinang telah memberi bukti kepada seluruh Malaysia bahawa rakyat Pulau Pinang kini tidak selesa dan rasa tertindas dibawah rejim DAP.

Difahamkan perhimpunan itu membawa Isu SPICE(skandal 480juta), perobohan kampung orang melayu dan isu tanah di Pulau Pinang. Ia dihadiri lebih kurang 120 orang dan demonstrasi bermula selepas solat jumaat semalam

Sumber :  Pisau.Net

Keris : Rakyat P.Pinang harus mengubah semula undi anda pada PRU13 jika tidak mahu terus dianiaya oleh kauvinis DAP.

Perhimpunan Kedua : SAMM & Pemimpin PR vs UIA


Perhimpunan ini mempunyai objektif terhadap satu individu iaitu permintaan penarikan semula penggantungan penyangak bangsat bernama Aziz Bari oleh pihak pengurusan UIA ekoran tindakan mulut celupar dia yang mengkritik Sultan Selangor.

Ia bermula selepas solat jumaat semalam di perkarangan Masjid UIAM dengan disertai lebih kurang 500 orang yang terdiri daripada mahasiswa UIA, ahli SAMM serta beberapa pemimpin PR.

Pembaca boleh lihat muka-muka peminjam duit PTPTN dan pelajar-pelajar yang diberi wang oleh ibu bapa untuk belajar namun diperkudakan oleh individu-individu tertentu bagi memenuhi kerakusan nafsu politik mereka.

Sumber : MPP

Keris : Yang peliknya, Shamsul Iskandar sibuk-sibuk berdemo ni ada apa-apa hubungan dengan Aziz Bari? Atau Aziz Bari adalah calon PKR pada PRU 13?

Baca juga apa kata Tun Dr Mahathir mengenai Aziz Bari di SINI


Perhimpunan Ketiga : HIMPUN vs Murtad Di Malaysia


Himpunan Sejuta Ummat Selamatkan Aqidah ini akan berlangsung pada jam 2.00 petang nanti. Ia berbeza daripada dua perhimpunan yang Keris telah senaraikan diatas kerana ini adalah perhimpuan aman serta bukan atas dasar politik.

Namun entah mengapa terdapat juga puak-puak melayu ortodoks PAS dan PKR yang lebih rela disembur air ketika BERSIH berbanding sama-sama menginsafi diri serta menzahirkan rasa kesal diatas siri percubaan memurtadkan umat Islam di Malaysia yang didokong oleh HIMPUN.

Disampaikan oleh GAP bahawa kemungkinan besar Kerajaan PR yang memerintah Selangor akan bertindak menutup Stadium Shah Alam hari ini. Mungkin sebagai tanda protes mereka terhadap perhimpunan aman yang diadakan atas dasar Islam yang umum tahu bahawa Khalid Gagap sememangnya 'gerun' dengan Ronnie Liu, Teresa Kok dan Xavier Jeyakuamar yang sememangnya Anti-Islam.

Kebetulan semalam selepas menunaikan solat jumaat, Keris dapat berdiskusi sebentar bersama bekas Pengarah JAIS iaitu Dato' Sri Dr. Hj. Shafie bin Mohd Salleh, yang juga merupakan bekas Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan bekas Ahli Parlimen Kuala Langat.


Kerana kedudukan beliau sebagai Pengarah JAIS suatu ketika dahulu, maka Keris bertanyakan pendapat peribadi beliau mengenai HIMPUN ini.

Beliau berkata," Fenomena murtad dan keluar agama Islam ini telah bermula sejak dahulu lagi  ketika saya masih sebagai Pengarah JAIS dimana banyak kes sebegini yang dihadapi. Saban minggu akan ada individu yang mahu keluar agama terutama mualaf yang ditinggalkan suami/isteri. Namun sedikit berbeza dengan apa yang telah berlaku kini dimana beberapa siri murtad dijalankan di Malaysia"

" Program HIMPUN ini jelas menunjukkan kini umat Islam di Malaysia sudah mula sedar dan 
ingin menzahirkan rasa kesal terhadap siri memurtadkan umat Islam di Malaysia yang semakin parah. Saya menyokong penuh HIMPUN itu dijalankan kerana penyatuan ummah yang akan berlaku nanti tidak bertembok pada fahaman politik dan ia melambang bahawa kita umat Islam berpegang kepada tali Allah serta kiblat yang satu. Dalam erti kata lain, HIMPUN ini menggambarkan kekuatan perpaduan umat Islam di Malaysia dan melambangkan bahawa agama Islam lebih tinggi dari segala-galanya."

Keris : HIMPUN ini bukanlah satu gerakan yang menyentuh sensitiviti penganut agama lain melainkan ia sengaja diapi-apikan oleh individu kauvinis yang sememangnya anti-Islam ataupun kenyataan-kenyataan dangkal oleh  golongan yang tidak mahu melihat umat Islam bersatu. Walaubagaimanapun, Keris juga menyokong HIMPUN ini dan jika berkesempatan, Keris akan turut serta bersama saudara-saudara di sana nanti.

Lihat ju
ga bagaimana DAP mahu sabotaj HIMPUN dengan menimbulkan salah faham di antara agama di SINI

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Kalau kita lihat semula..semua perhimpunan ini berkait rapat dengan DAP diamana P1 : menentang DAP, P2 : DAP menyokong penuh dan P3 : DAP mahu sabotaj..siapa Anti-Islam dan Anti-Melayu sekarang?

2 ulasan:

  1. terbaiklah keris..aku suka baca blog kau sebab selalu ada info n pandangan kau tak melalut..teruskan menulis..

    ReplyDelete
  2. terus terang aku katakan aku sokong demi akidah dan agama islam...

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk