Assalamualaikum w.b.t
Keris bersetuju dengan pendapat sahabat Keris iaitu KulaanNiring, memetik artikel beliau :
Umur persaraan yang baru diperkenalkan kerajaan kepada kakitangan awam baru-baru ini daripada umur 56 tahun kepada 58 tahun dilihat mula menampakkan kesan negatif dalam perkhidmatan terutama daripada segi produktiviti dan kos tambahan yang terpaksa ditanggung kerajaan. Antara kesan sampingan yang mula dikesan adalah kesukaran mengisi kekosongan bagi kenaikan pangkat, inikan pula jika had umur persaran dinaikkan ke umur 60 tahun. Yang untung hanyalah segelintir bos atasan atau ketua-ketua jabatan yang menjadi sebahagian daripada pembuat dasar kerana mereka masih dapat mengekalkan dan menenpatkan diri dikerusi empuk kerana lambat lagi untuk bersara.
Ayat berwarna merah itu telah disuarakan oleh rakan Keris kelmarin ketika kami terserempak di dalam tren, dia menyatakan bahawa polemik percanggahan pendapat mengenai isu had umur persaraan itu akan menyebabkan BN mungkin hilang undi bagi 'first voters' jika ia tidak diselesaikan cepat.
Pada pendapat Keris, ada perkara positif didalam penambahan had umur persaraan ini seperti dapat mengekalkan beberapa individu yang masih ditagih khidmatnya dan penetapan polisi profesionalisme namun ia hanya sesuai dilaksanakan oleh pihak swasta. Dari sudut negatif pula perlu dilihat sekiranya umur persaraan 60 tahun ini diteruskan ia mungkin akan menyebabkan ramai anak muda profesional tidak dapat naik pangkat dan kekosongan di sektor kerajaan akan berkurangan sekaligus menambah pengangguran graduasi lepasan diploma dan ijazah mahupun lepasan sijil.

Kajian menyeluruh perlu dibuat secara teliti terutama tujuan perlaksanaan tentang suara pekerja akar umbi. Apakah impak yang bakal dihadapi? Perlukah dilanjutkan? Berapa ramai yang setuju dengan perlaksanaan Had Minima Persaraan 60 tahun ini? Apa yang dapat Keris dan beberapa rakan lihat, kebanyakan anak muda kurang bersetuju dengan perlaksanaan ini.
Apa pendapat anda?. Kena ingat bahawa ini tuntutan CUEPACS bukan tuntutan Kerajaan Malaysia jadi perkara ini masih boleh dibawa ke meja rundingan. Tidak ada masalah untuk anak muda risau.
Tolak PAS, Tolak DAP & PKR
Tolak PR.
Undilah Barisan Nasional!
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: Keris yakin Perdana Menteri akan mendengar suara generasi muda ini..lagipun keputusan masih belum diputuskan.
Jika kerajaan Barisan Nasional hendak menaikan umur bersara dari 58 ke 60 pun tak apa kerana peluang pekerjaan juga ditambah. Bukan macam di negeri Kelantan dan Kedah, pertambahan kerja kosong kurang, malah banyak kontrektor-kontrektor sukar untuk mendapatkan peluang tender dan sebagainya.
ReplyDeleteJangan jadi guru muda di sekolah aku yang baru bekerja 3,4 tahun tapi sudah bercakap mengenai pencen (maksudnya dia sudah berangan-angan tenang pencen). Tapi aku yang sudah berkhidmat 33 tahun baru bercakap mengenai pencen (ini menunjukkan bahawa keseronokan bekerja itu adalah amat penting bagi kakitangan kerajaan.
Mungkin juga cikgu muda itu merasakan bahawa dia telah tersalah memilih kerjayanya. Walau pun sudah tersalah namun adalah tidak wajar dia bercakap mengenai pencen kerana masa dia berpencen tersangat masih jauh lagi.
Buat apa kaki tangan kerajaan yang sebegini, biarlah orang vetren yang masih bersemangat untuk bekerja meneruskan waktu berpencen sehingga 60 tahun asalkan kesihatannya masih mengizinkan. Lagi pun lanjutan umur pesaraan itu bukannya mesti tetapi ianya adalah pilihan.
Warga sebelum Merdeka