12/10/2011

Penjualan Arak Berleluasa Di Klang Angkara Siapa?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Baru-baru ini Keris ada melawat rakan lama di Klang dengan niat untuk berjalan-jalan disana. Sewaktu kami duduk minum di sebuah kedia makan, kami didatangi oleh seorang kenalan. Beliau mengadu kepada kami mengenai isu kedai arak yang semakin berleluasa dibuka di kawasan Klang. Ironinya, semua kedai arak yang dikenalpasti dibuka adalah selepas tahun 2008 iaitu setelah wakil rakyat DAP Charles Santiago menang di P.110 Klang.

Untuk mendapatkan kesahihan cerita, maka Keris dan rakan cuba mendapatkan bukti sahih dengan bantuan beberapa kenalan dan hasilnya kami berjaya menemui empat kedai yang menjual arak dengan bebas sekaligus berjaya membongkar akitiviti kurang sihat ini yang mampu mengancam masyarakat di kawasan Klang.

Kedai Pertama
Lokasi : Solok Pendamar Indah 1 , Taman Pendamar Indah , Pelabohan Klang
Waktu Operasi : 10:00 am ~ 03:00 am
Mula beroperasi : kurang daripada satu tahun




Pemerhatian :


Menurut penduduk disitu, kebanyakannya pelanggan Cina yang berkunjung ke kedai ini. Seperti yang dipaparkan (gambar pertama) kedai ini juga beroperasi dengan meletakkan meja dan kerusi diluar premis sehingga menghalang trafik di jalan tersebut. Keris hairan bagaimana Kedai Arak ini diberi lesen sedangkan premis dibuka berdekatan dengan kawasan perumahan serta dekat dengan Surau yang terletak 400m dari situ. Mengikut seorang penduduk disitu, apa yang membimbangkan mereka adalah keselamatan keluarga dan masyarakat setempat kerana pelanggan yang mengunjung ke premis itu sering bergaduh dan membuat kacau bilau sehingga mengganggu ketenteraman penduduk disitu.

Kedai Kedua
LokasiJalan Pendamar Indah 7
Waktu Operasi : 12:00 pm ~ 03:00 am
Mula beroperasi : tidak dapat dipastikan






Pemerhatian :

Kedai arak ini berselindung dengan nama "Siber Cafe". Terletak berhampiran dengan kawasan perumahan serta 400m tidak jauh daripada Surau. Keris difahamkan mereka yang mabuk ini sering menganggu penduduk yang lalu lalang, menjerit kepada penduduk dengan kata-kata kesat, bergaduh sesama sendiri serta melakukan vandalisma di sekitar kawasan kedai itu. Dikhuatiri keselamatan penduduk disitu terjejas.

Kedai Ketiga
Lokasi : Jalan Batu Unjur 7, Taman Bayu Perdana
Waktu Operasi : 24 Jam
Mula beroperasi : Di awal tahun 2008



Pemerhatian :

Premis ini sedikit unik kerana ia berada di kawasan yang sibuk serta berhampiran dengan kawasan perumahan dan bersebelahan dengan Klinik Haiwan yang menghadap jalan utama. Apa yang menarik adalah modus operandi mereka iaitu, tidak mempunyai apa-apa papan tanda di hadapan premis dan tidak beroperasi menggunakan pintu hadapan tetapi menggunakan tingkap cermin kecil di pintu belakang kedai untuk sebarang urusan. Pelanggan perlu menekan loceng untuk membuat pembelian dan ianya diawasi dengan CCTV bagi mengelakkan serbuan pihak berkuasa. Premis ini juga berdekatan dengan kawasan sekolah. Keris bimbang juga sekiranya ada pelajar sekolah yang membeli arak di situ.

Nota : Memandang dari segi aspek keselamatan, hanya berjaya mengambil satu gambar sahaja.


Kedai Keempat
Lokasi : Pangsapuri Bukit Tinggi 1, Taman Bukit Tinggi, Klang
Waktu Operasi : 12:00 pm ~ 03:00 am
Mula beroperasi : kurang daripada dua tahun



Pemerhatian :

Premis ini berada di bawah pangsapuri dan didapati tidak mempunyai papan tanda nama kedai.Risau juga akan keselamatan penduduk pangsapuri lagi-lagi mereka yang pulang lewat malam kerana kebanyakan pelanggan premis tersebut terdiri daripada warga asing. Ia juga berdekatan dengan kawasan sekolah.




Timbul beberapa persoalan mengenai masalah ini. Apakah kebebasan penjualan arak ini ada kaitan dengan Charles Santiago? atau konspirasi Ronnie Liu?. 

Keris berkeras mahu Ketua Urusan Ulama' PAS Bahagian Klang, Ustaz Mohd Rashid Bin Mohd Salleh untuk memberi penjelasan. Apakah jumud-jumud PAS tidak tahu mengenai penjualan arak yang berleluasa di Klang? Atau mereka hanya tutup mata janji dapat kuasa? Kemana perginya orang-orang yang bising-bising pasal kilang arak di Shah Alam? PBT tak siasat ke? Jawab jangan tak jawab!

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Keris kecewa kerana dahulu ketika BN memerintah Selangor..jarang berlaku perkara sebegini..sekarang rakyat dah tahu siapa sebenarnya 'perompak rakyat'..Tolak PR!!!

6 ulasan:

  1. Bro Keris 7 Lok....hamba ini orang Tmn Sri Andalas & Bdr Bkt Tinggi Klang...siasatan tuan amat bonar belaka...banyak pusat arak..pusat urut..pusat snooker selepas DAP -Ronnie Puih & Charles Sentogo memerintah Klang...hamba ini ada hantar email bantahan kepada YB Dr. Mariah Carey MP Kotaraja pasal Billboard Amoi Cina terkakang habis di depan jalan Taman Desawan Klang..tapi YB Muslimat Pas nie ..buat buta mata kot..sebab takot DAP...hamba kecewo sangat dgn Ustazah PAS nie ..kerana sujud orang DAP..takot undi terbang...

    ReplyDelete
  2. Blogger Pro Kerajaan mengganas..xtido malam la si santogo tu..haha

    ReplyDelete
  3. ha3.....
    jage2 tuh, nnti anak ko beli arak ....he3

    ReplyDelete
  4. PAS mana blh buat apa2, nanti DAP marah.... Seronok sangat kot jadi kuda tunggangan DAP.

    ANWAR IBRAHIM: HERO TAHI KUCING DI KAMPONG BHARU. Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. kerajaan pakatan rakyat dah sah geng rasuah. tu yang tersangat bebas. kalu telus dan tiada rasuah, dah lama remis tu kena tutup. so sapa yang kuat bagi rasuah, merasuah dan terima rasuah ? geng ini la ...pakatan rakyat.

    ReplyDelete
  6. Saudara Keris , memang benor apo yang dipaparkan di blog bertentangan kedai Arak Di Jalan solok pendamar Indah 1, operasinya dilanjutkan hingga ke lewat malam bersesuaian untuk golongon pengkacau dari pusat siber dan snooker ( 24jam) di kawasan terbabit,
    terutamanya golongon muda cina, hingga dengar terdapat kedai - kedai alami kerosakan . ADA SRS / RELA / Polis di kawasan itu ,siapa berani ambil tindakan ? Hanya sekadar Kata - Kata besor !

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk