12/10/2011

Bob Lokman Tertelan Pil 'Salahkan UMNO' !

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


MyMetro :


SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan membuat tangkapan terhadap selebriti yang juga pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, kelmarin.

Pengarah Jais, Marzuki Hussin, berkata Bob Lokman atau nama sebenarnya, Muhammad Hakim Lokman, 47, tidak memiliki tauliah dan tidak pernah memohon daripada Jais untuk memberikan ceramah kepada umum.

“Tangkapan dibuat berdasarkan maklumat awam. Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, sumber Jais berkata selebriti itu bersama dua lagi iaitu Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan dan nazir masjid berkenaan ditahan Jais ketika berucap selepas solat Maghrib di hadapan 70 jemaah.

Katanya, mereka dibawa ke balai polis berhampiran sebelum dilepaskan atas jaminan polis.

Bagaimanapun, katanya, Bob Lokman dan dua lagi rakannya gagal hadir di Ibu Pejabat Jais di sini, sebelum tengah hari semalam, walaupun diminta berbuat demikian.


Malaysian Insider :

Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman hairan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sambil mendakwa beliau ditahan malam tadi bukan kerana isu agama tetapi “untuk Umno.”

Sehubungan itu, beliau juga mempersoalkan mengapa Jais menahan beliau setelah menjadi baik sekarang, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu.
..........
Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu.

Menurut Bob Lokman, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian.
...........
“Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut,” katanya dipetik Harakahdaily.

Begitu juga dengan sekatan yang dikenakan oleh Jabatan Agama Islam ke atas beliau untuk menyampaikan ceramah disebabkan tidak mempunyai tauliah, perkara itu juga tidak berbangkit dalam kehidupannya.

“Tauliah itu bukanlah satu perkara yang penting. Perkara yang penting bagi saya adalah melakukan pekerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam.

“Jadi, kenapa mesti ada sekatan ke atas saya dan kenapa pula saya mesti patuhi sekatan-sekatan itu sedangkan yang saya sampaikan kepada orang ramai itu adalah perkara yang betul,” katanya.
...........

Saya juga tidak merasakan perlu mematuhi arahan itu kerana pada saya mereka yang melakukan tangkapan ke atas saya itu bukan melakukan kerja untuk agama, tetapi untuk Umno,” katanya.
...........
“Pada saya, apa yang dilakukan ke atas saya itu jelas arahan politik. Jadi tak perlulah saya ikut arahan mereka itu, malah pada saya mereka bukanlah orang yang wajar saya hormati,” katanya.
...........

Menyentuh tentang tauliah untuk menyampaikan ceramah, beliau juga menegaskan tidak perlu baginya untuk mendapatkan tauliah tersebut kerana tindakan itu juga jelas mempunyai kaitan dengan permainan politik Umno BN.

“Amat pelik dengan apa yang dilakukan ke atas saya. Saya ditangkap setelah saya selesai menyampaikan ceramah. Pada hal jika mereka tak mahu saya berceramah di masjid itu, mereka sepatutnya menangkap saya sebelum berceramah.
...........


Jadi, ini amat jelas tangkapan atas arahan politik Umno BN, bukannya tangkapan kerana kerja-kerja Islam, manakala saya pula melakukan kerja-kerja Islam, jadi tak perlulah saya ikuti arahan mereka itu,” tegas beliau.

Baca yang Keris 'highlight' warna merah tu?. Nampak tak doktrin PAS yang berkesan kepada Bob Lokman iaitu apa jua perkara yang berlaku semuanya adalah salah UMNO. Masih segar di ingatan Keris mengenai cerita yang beliau sampaikan kepada jumud-jumud PAS pasal anak dia yang tidak pandai belajar disalahkan UMNO.


Buat pengetahuan Bob Lokman, Jabatan Agama Islam Selangor adalah sebuah jabatan di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan dibawah perhatian Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Mohamed Ali. 

Macamana boleh jadi salah UMNO itu yang Keris hairan. YB Hasan Mohamed Ali kan wakil rakyat dari Parti PAS sama macam Bob Lokman. Tanyalah dia, kenapa mesti UMNO yang salah?.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Keris jadi sedih dan kesian tengok Bob Lokman..sejak masuk PAS mulut tak pernah berhenti berdusta..pastu mengaku baik..apa daaaaaa...

5 ulasan:

  1. "Amat pelik dengan apa yang dilakukan ke atas saya. Saya ditangkap setelah saya selesai menyampaikan ceramah. Pada hal jika mereka tak mahu saya berceramah di masjid itu, mereka sepatutnya menangkap saya sebelum berceramah"

    ape ke bengap la mantan artis nih.....
    klu kene tangkap sblm buat kan aniaya nama nye....

    pernah ke org kene tangkap sebelum mencuri...
    jais tangkap sebab bagi, saya ulangai "bagi" ceramah tanpa tauliah...

    klu jais tangkap sebelum bagi ceramah, jais la yg ada muslihat menjatuhkan mantan artis nih...

    ReplyDelete
  2. dah kalau Bo**h memang tak boleh di ajar.. mcm ghinilah caranya

    ReplyDelete
  3. Bob Lokman? Sapa dia ni? Xpenah dengar pun nama dia.
    Setakat ak sbg rakyat besa yg xda kuasa pun xkenal n xheran.
    Xkan la UMNO yg jd parti utama dlm pemerintahan nak heran. Hebat sngt ka dia ni smpai UMNO nak jatuhkan dia.
    Klu dia ni pengaruh besar xpa la gak. ni org xkenal pun. Nak trmuntah dengar kenyataan dia.

    ReplyDelete
  4. Mendekatkan diri kita kepada ALLAH S.W.T adalah perkara yang cukup mulia....tapi...jgnlah kita mengagungkan PARTI kerana PARTI bknlah medium utk kita mendekati ALLAH....renungkanlah... :-)

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk