Assalamualaikum w.b.t
PEMIMPIN-PEMIMPIN PARTI KOMUNIS MALAYA
Di bawah ini merupakan sedutan sebahagian temuramah dengan bekas Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Musa Ahmad yang dipetik dari buku Baling : Membuka Jalan Damai tulisan Wahba. Musa Ahmad telah menyerah diri kepada kerajaan Malaysia pada November 1980.
Dalam temuramah ini, Musa Ahmad telah mendedahkan bahawa anggota komunis Melayu telah dianak-tirikan oleh PKM. PKM juga hanya ingin mempergunakan orang Melayu bagi memenuhi matlamat perjuangan mereka menubuhkan sebuah republik komunis di negara ini.
Mari kita renungi apa yang didedahkan oleh Musa Ahmad :
Soalan : Boleh Encik Musa terangkan sedikit mengenai Rejimen Yang Ke-10?
Musa : Rejimen Yang Ke-10 ini ditubuhkan khusus untuk menarik orang-orang Melayu yang beragama Islam menyertai PKM. Semasa penubuhan itu, kami memilih nama pasukan sebagai Rejimen Ke-10 kerana perkataan 'sepuluh' itu ada maknanya yang simbolik. Dalam Islam, 10 Zulhijjah ialah Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Jadi kami memilih angka 10 sebagai simbol 'pengorbanan'. Tujuannya untuk menaikkan semangat orang Melayu dan Islam untuk menyertai pasukan tersebut.
Waktu itu kami menuntut kepada Chin Peng untuk menggunakan uniform hijau dan bersongkok bagi anggota Rejimen Ke-10, tetapi Chin Peng menolaknya. Kami memilih warna hijau dan songkok sebagai lambang kemelayuan dan Islam. Kami merasa hampa dengan penolakan Chin Peng itu.
Saya dan lain-lain anggota sebelum darurat diisytiharkan, telah menjalani latihan di Lubok Kawah, Temerloh. Senjata-senjata yg kami gunakan semasa latihan sudah agak lama dan tidak mencukupi. Orang-orang Melayu dalam pasukan kami merungut, sedangkan orang-orang Cina mendapat senjata yg lebih baik dan banyak, tetapi rungutan kami tidak diendahkan langsung.
Soalan : Bukankah itu menunjukkan ada diskriminasi di kalangan anggota PKM sendiri?
Musa : Memang benar. Terdapat perbezaan antara orang-orang Melayu yang jadi komunis dan orang-orang Cina yang jadi komunis. Orang Cina yang jadi komunis mendapat lebih banyak keistimewaan. Orang Melayu dilarang pergi ke kawasan orang Cina tetapi orang Cina bebas ke kawasan orang Melayu.
Dari segi bekalan pakaian dan makanan pun, orang Melayu didiskriminasikan. Umpamanya, kalau kita minta 20 pasang kasut, mereka hanya akan memberi 10 pasang sahaja. Kalau orang Cina, 20 yang diminta 20 akan diberi. Begitu juga dengan bekalan makanan. Dari segi mendapat rawatan perubatan pun, orang Melayu dalam PKM tidak mendapat layanan yg sama.
Soalan : Kalau begitu kedudukannya, maka orang-orang Melayu dalam PKM dianaktirikan?
Musa : Ya. Saya tidak menafikan.
Soalan : Kalau sudah begitu hakikatnya, mengapa orang-orang Melayu yg masih ada dalam hutan itu tidak melarikan diri dan menyerah kepada pihak kerajaan?
Musa : Perkara ini susah saya hendak berikan sebabnya kerana banyak perkara yang perlu ditinjau.Tetapi saya rasa, untuk keluar dari hutan itu mereka memerlukan keberanian yang luar biasa. Mungkin mereka dikawal ketat oleh pihak PKM. Kalau yang terniat untuk keluar pun, mereka tidak dapat berbuat demikian. Macam saya dulu, saya sudah bertekad, hendak balik ke tanah air. Apa pun yang terjadi saya mesti balik ke tanah air, walaupun yang pulang itu hanya mayat saya.

PKM memang tidak pernah mempercayai orang Melayu. Mereka prejudis walaupun orang Melayu itu adalah ahlinya. Tujuan utama PKM menubuhkan Rejimen Ke-10 dan melantik orang Melayu sebagai Pengerusi PKM hanyalah semata-mata untuk menarik orang Melayu menyertai mereka, memperalatkan org Melayu bagi memenuhi matlamat mereka dan menunjukkan kepada masyarakat bahawa mereka adalah pergerakan yg dianggotai pelbagai kaum. Tapi sebenarnya mereka hanya memperjuangkan agenda Cina-komunis. Melayu yang diberi jawatan tinggi hanya sebagai boneka saja. Sama sepertti DAP yang kini menjadikan PAS dan PKR sebagai boneka mereka dan menjadikan Mat Sabu sebagai proksi mereka untuk menarik ahli melayu ke dalam DAP.
Kini wadah perjuangan PKM telah diambilalih oleh DAP. Mereka banyak menerapkan amalan-amalan yg dipraktikkan oleh PKM dulu. DAP berteraskan parti perkauman Cina. Mereka mengaburi mata masyarakat dengan melantik bukan Cina menjawat jawatan penting dalam parti (contoh: Karpal Singh sebagai Pengerusi dan Tunku Abd. Aziz Ibrahim- Naib Presiden) untuk menarik sokongan rakyat. Orang bukan Cina yang diberi jawatan itu sebenarnya tiada kuasa untuk membuat keputusan. Contoh terbaik DAP menggunakan kaum lain sebagai boneka mereka ialah semasa memerintah Perak apabila Nizar yang dilantik sebagai MB sebenarnya tidak berkuasa tapi DAP yang menentukan segalanya sama juga di negeri Selangor dimana Hasan Ali tidak boleh bersuara malah dikritik rakan parti kerana ia menentang DAP. Ideologi DAP ini sungguh berbahaya. Orang Melayu-Islam perlu berwaspada agar tidak termasuk ke dalam perangkap mereka.
sumber: Cikgu Lin
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: DAP Parti Kauvinis dan Rasis!
https://www.facebook.com/notes/raja-simurak/bagaimana-kedah-jatuh-kembali-ke-tangan-bn-bahagian-satu-1/2472791785339
ReplyDelete