07/10/2011

"Hari Ini Kita Menang, Besok Subuh Kita Tutup Kilang Arak"

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t



Malam tadi Keris makan di sebuah restoran di kawasan Lembah Klang, maka terserempaklah dengan beberapa orang yang sedang rancak berbual. Topik mereka rupanya mengenai penjualan arak di kedai bersebelahan dengan restoran tersebut. Keris biarkan sahaja dan membuat pesanan makanan.

Nak dijadikan cerita Keris memakai baju UMNO Tetap Di Hatiku kerana baru sahaja selesai menghadiri satu majlis UMNO. Pada mulanya memang tidak mahu masuk campur dan tidak ambil endah pun sehinggalah mereka menyebut " kilang arak paling besar kat Malaysia ni patut tutup. Ini semua salah orang UMNO! Macam sedara kat belakang meja kita ni. KAPIR! Siapa sokong UMNO tu Kapir la".

Maka dengan segala hormatnya Keris bangun serta memberi salam dan berkata begini kepada mereka, "Hari Ini Kita Menang, Besok Subuh Kita Tutup Kilang Arak" dengan nada yang lantang. Maka dengan muka yang merah padam mereka bingkas bangun bayar dan terus balik.

Apa yang Keris cuba jelaskan adalah sikap para pengikut PR yang telah 'menanam' satu ideologi iaitu apa jua kesalahan akan diletakkan pada UMNO atau BN. Perkara itu sangat tidak sihat kerana ia akan menjurus kepada perpecahan ummah sedangkan Keris sendiri tidak prejudis dengan perbincangan mereka malahan tidak mengambil tahu sehinggalah apabila mereka mencuit baru Keris berhujah.

Inilah akibat belajar serta bergurukan seorang manusia yang tidak layak mengajar. Mengajar pengikutnya ajaran yang salah sehinggakan parti mereka jelas seperti sebuah agama anutan bukan parti politik. Akibat bergurukan orang yang menyelewengkan kata-kata dengan agama.

Maka disini Keris beri dua video untuk pembaca nilai. 




Kalau dah semua politik, itu dah kes berat. Apatah lagi Nabi Allah Muhammad pun disamakan dengan budak kampung? Subhanallah. Itukah yang digelar tok guru?. Sebab itu kita sebagai rakyat Malaysia harus menilai entiti sebuah parti itu bersama wadah perjuangannya. UMNO tidak melacurkan agama apatah lagi mengkhianati bangsanya mahupun memburukkan nama baik negara. Berlainan dengan parti yang menjadikan agama hanya sebagai pelapik wajah untuk berkata-kata ataupun parti yang hanya menyokong impian satu individu. 




Mengenai isu kilang arak itu pula, Keris cadangkan pembaca lihat di SINI.

"Hari Ini Kita Perintah, Besok Subuh Kita Tutup Kilang Arak", ayat siapa ya?. Rakyat jangan salah undi. JANGAN memilih orang yang hanya tahu menabur janji tapi tidak laksanakan. Undilah Barisan Nasional!



Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Janganlah ikut ulama politik..sebab mereka cakap-cakap politik lebih dari cakap mengenai agama..itu yang ramai keliru..

2 ulasan:

  1. aku memang menyampah dan naik jelak ngan khalid gereja tu...apa kata dia plak setelah sultan selangor keluar titah pasal DUMC tu!!! dia terus GILA MEROYAN laaa..

    ReplyDelete
  2. Hari ini kita menang, besok subuh kita tutup kilang arak!!!!!!????????......
    nak tutup apanye semakin berkembang biak arak, judi, pelacuran, rumah urut-mengurut dan berbagai2 lg maksiat di selangor, P.Pninag, kedah.
    Mana peginya pemimpin Pas ni, dulu mendabik dada dialah pejuang islam konon, akan menghancurkan maksiat konon nk tunjuk kepimpinan islam konon tapi HAMPEHHHHH.... PEMBOHONG.... PENIPU....BACUL...PENAKUT....
    Dah menang negara islam/hudud pun mereka sanggup buang.
    PARTI Politik yg bertopengkan islam
    Nak tutup kegagalan/kebaculan/kelemahan salahkan org lain plak.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk