Dan Rafizi menyimpulkan masalah kewangan THHE mempunyai risiko berjangkit kepada kedudukan kewangan Tabung Haji. Wah hebat cara Rafizi mencipta persepsi!
Hakikatnya Tabung Haji setiap tahun kekal mengumumkan keuntungannya serta pembayaran dividen yang tinggi kepada pendepositnya.
Dimana-manapun setiap pelaburan ada untung ruginya. Cuma dengan segala macam pendedahan Rafizi mengenai THHE ia hanya memberi kesimpulan Rafizi sotong tidak tahu hujung pangkal mengenai pelaburan THHE. TH Heavy mempunyai kontrak jangka panjang FPSO dengan Nippon Oil dan Petronas. Tapi hendak menyiapkan kapal tu melibatkan perbelanjaan yang besar. Sekiranya projek FPSO dibatal THHE terpaksa menghadapi pelbagai tindakan undang-undang termasuk ganti rugi yang berpuluh kali ganda lebih besar.
Tapi jika diteruskan sudah tentu kedudukan kewangan THHE kembali positif walau pun kontrak kerja kerja fabrikasi terutama Petronas di tangguh. Kata seorang ahli Lembaga Pengarah THHE.
Kesilapan Rafizi dengan mendedahkan dokumen Kementerian Kewangan yang dianggap sebagai kelulusan"corporate guarantee" sebanyak RM981 juta adalah satu kesilapan kerana surat dengan rujukan KK/BSBB (S) 10/72-1 Jld.16 sk.4 (8) bertarikh 8 Disember 2016 yang ditandatangani Dato’ Dr Mohd Isa Hussain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan) hanya dokumen biasa dari Kementerian Kewangan sebagai badan yang memberi perakuan serta kelulusan. Dari segi prosedur kerajaan Tabung Haji mengikut peraturan. Itu pun jika sekiranya Tabung Haji menggunakan kemudahan ini.
Proses ini sama dengan Kementerian serta agensi lain yang memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan (MOF) seperti permohonan pelaksanaan Projek Tender Terhad dimana nilai RM 10 juta ke atasmemerlukan perakuan dan kelulusan MOF. Sama ada laksana atau tidak ia terpulang kepada kementerian itu. Kementerian atau agensi boleh memulangkan semula jika tidak menggunakannya atau membatalkannya. Di sini saja membuktikan TH tidak melanggar Akta Tabung Haji.
Cuba baca surat MOF itu secara teliti. Rafizi mempunyai beban pembuktian berat
1. Surat itu hanya menunjukkan RM 981 juta (USD228.2) "corporate guarantee" jika sekiranya Tabung Haji menggunakannya. Adakah TH menggunakannya?
2. Surat ini juga bukan menunjukkan Tabung Haji telah memberi "corporate guarantee" kepada THHE. Boleh Rafizi tunjukkan surat dari TH kepada THHE?
3. Jika berlaku sekali pun CG, Bank atau entiti apakah yang telah memberi CG kepada THHE?. Ada surat dan dokumen itu?
Lembaga Pengarah TH
Sebagaimana Rafizi boleh mendapat dokumen MOF serta dokumen risiko pelaburan TH tentu Rafizi boleh mendapatkan bukti Bank atau entiti yang beri CG kepada THHE.
Dan penulis menjangka Rafizi akan bergelut kepada isu bukti ini apabila kini di media sosial FB Rafizi diganyang habis-habisan dan Rafizi berhempas pulas menjawabnya.
Serangan di media sosial kepada Rafizi meminta bukti.
Dan jika Tabung Haji tidak menggunakan atau melaksanakan CG ini maka lantaran itu Tabung Haji berani membuat laporan polis kepada Rafizi kerana memfitnahnya dengan dokumen bertaraf “Sampah”.
K7L : Apa helah Rafizi selepas ini? mari kita lihat sama-sama.
APA JENIS ORANG INI. ASYIK MENYERANG TH. KALAU TH DIPIHAK YANG BENAR. MINTA AGAR SESIAPA YANG PERGI HAJI ATAU UMRAH..BERDOA KEPADA ALLAH AGAR TUNJUKAN KEBENARAN. JIKA INI SEMUA FITNAH..BIAR TUNGKAP ORANG YANG SUKA BUAT FITNAH ITU.
ReplyDelete